Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.da.an] | ڤينداءن

Definisi : 1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda: jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.da.an] | ڤينداءن

Definisi : sesuatu yg dibuat utk meminda; hasil meminda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinda
Kata Terbitan : meminda, pindaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
AKTA PELAJARAN 1961

AKTA PELAJARAN 1961, akta tentang pendidikan yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 1962 di Semenanjung Tanah Melayu. Akta ini memperuntukkan beberapa pindaan dan syor tentang pendidikan dengan kuat kuasa undang-undang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RIDA

RIDA, lembaga ekonomi untuk membantu masyarakat luar bandar. RIDA ialah singkatan Rural Industrial Development Authority atau Lembaga Kemajuan dan Perusahaan Kampung. RIDA ditubuhkan pada bulan November 1950 oleh British. RIDA ditubuhkan hasil desakan Dato’ Onn Jaafar, sebagai satu tukar ganti bagi memujuk orang Melayu melonggarkan kerakyatan jus soli kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Dalam pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 1948 mengenai Kerakyatan Persekutuan, orang bukan Melayu yang lahir di negeri-negeri Melayu daripada keturunan yang telah menjadi rakyat raja-raja Melayu, diterima sebagai rakyat raja. Sebagai balasannya, British bersetuju menjadikan bantuan ekonomi kepada orang Melayu sebagai satu dasar pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BAHASA RASMI

BAHASA RASMI, ragam bahasa yang digunakan untuk semua urusan rasmi dan pentadbiran negara. Bahasa Melayu mula diberi peranan sebagai bahasa rasmi apabila Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 (Pindaan 1967), yang mengisytiharkan bahasa kebangsaan akan digunakan untuk semua urusan rasmi menggantikan bahasa Inggeris.

BAHASABahasa
BINGKISAN MELAYU

BINGKISAN MELAYU,  buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952.  Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi.  Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan.  Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura.  Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali.

BAHASAKitab
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, perpustakan induk yang menyimpan khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan jenis dan memberi perkhidmatan kepada pembaca, penyelidikan dan pengguna am.  Perpustakaan Negara terletak di jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Perpustakaan Negara bermula sebagai sebuah perpustakaan negeri di Arkib Negara pada tahun 1966 dan kemudian menjadi sebuah Perpustakaan Persekutuan pada tahun 1977.  Ketua Pengarahnya yang pertama ialah Paul C. Ratchaga.  Pada tahun 1990, Perpustakaan Negara diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.  Tujuan dan maksud Perpustakaan Negara termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (pindaan) 1987.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas