Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pinda
Kata Terbitan : meminda, pindaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BINGKISAN MELAYU

1.0in 99.0pt">BINGKISAN MELAYU,  buku yang mengandungi contoh-contoh surat kiriman dan jawapan dalam bahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1952.  Buku bertulisan Rumi ini asalnya diberi judul “Persuratan Melayu’’ dikarang oleh Mansor bin Sanusi.  Penukaran judul buku ini dibuat kerana penulis merasakan bahawa judul asalnya tidak sesuai dengan isi kandungannya, tanpa membuat sebarang pindaan.  Bingkisan Melayu diterbitkan oleh Sinaran Bros, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan dicetak oleh Syarikat Percetakan Qalam, Jalan Geylang, Singapura.  Kata pengantar buku ini ditulis oleh S.M. Zainal Abidin B.A dan diulang cetak sebanyak tujuh kali.

BAHASAKitab
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
AKTA PELAJARAN 1961

AKTA PELAJARAN 1961, akta tentang pendidikan yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 1962 di Semenanjung Tanah Melayu. Akta ini memperuntukkan beberapa pindaan dan syor tentang pendidikan dengan kuat kuasa undang-undang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas