GEOMORFOLOGI PINGGIR PANTAI | Geomorfologi pinggir pantai. Kajian terhadap bentuk muka bumi dan proses yang membentuk serta mempengaruhi perkembangan sesuatu bentuk muka bumi di kawasan pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
TERUMBU PINGGIR | Pentas tidak rata di pinggir dasar laut berhampiran tanah besar atau pulau. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PINGGIR BENUA | Zon peralihan di antara benua dengan laut dalam yang biasanya terdiri daripada tiga komponen utama iaitu pentas benua, cerun benua dan cangkat benua. Pinggir benua merupakan salah satu daripada tiga ciri topografi dasar lautan selain dasar lembangan lautan dan permatang lautan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
TASIK MACQUARIE | Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira 100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik Macquarie sebuah tempat percutian popular yang menyediakan kemudahan bermain bot dan memancing yang sangat baik. | UMUM | |
KANADA | Kanada ialah negara kedua terbesar di dunia, dari segi keluasan selepas Rusia. Kanada merentangi benua Amerika Utara, dari Newfoundland di pinggir laut Atlantik hingga ke British Columbia di pinggir laut Pasifik. | UMUM | |
TERUMBU SAWAR | Terumbu penghalang yang terletak selari dengan pinggir pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
ENDERBY LAND | Enderby Land ialah kawasan yang terletak di pinggir Antartika. Daerah ini meliputi kawasan dari Teluk Ice hingga ke Teluk Edward VIII. Untuk lokasi, lihat Antartika (peta). | UMUM | |
EL ALAMEIN | El Alamein (pend. 980) ialah sebuah perkampungan pinggir pantai di Mesir yang kira-kira 105 kilometer di sebelah barat Iskandariah. | UMUM | |
SAMOS | Samos ialah pulau Yunani di Laut Aegean dan dipisahkan dari pinggir laut Turki oleh Selat Samos (lihat Greece [peta]). Samos meliputi kawasan seluas 476 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 31 629 orang. Ekonomi pulau ini bergantung pada pelancongan, pembuatan wain, dan pengeluaran keluaran hutan, tembakau serta anggur. Pelabuhan Vathi ialah ibu kotanya. Samos dahulunya merupakan sebahagian Yunani purba. Ia merupakan sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah dari pertengahan tahun 1400-an hingga tahun 1913, apabila dituntut semula oleh Greece selepas Perang Balkan Kedua. | UMUM | |
SOMALIA | Somalia ialah negara paling timur di tanah besar Afrika. Garis pinggir lautnya dari sepanjang Teluk Aden dan Lautan Hindi membentuk sempadan luar benua Afrika yang berbentuk seperti “tanduk”. Somalia meliputi kawasan seluas lebih daripada 637 000 kilometer persegi. Untuk jumlah penduduk Somalia, lihat jadual Fakta ringkas dalam rencana ini. | UMUM | |