SCHWEITZER, ALBERT | Schweitzer, Albert (1875–1965) ialah ahli falsafah, doktor, pemuzik, paderi, mubaligh, dan penulis agama yang pintar. Pencapaiannya dalam salah satu bidang ini dapat dianggap sebagai menyamai pencapaian sepenuh masa mana-mana tokoh. | UMUM | |
TILLICH, PAUL | Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya Theology of Culture (1959), dia menganalisis bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol dan mitos keagamaan yang dibincangkannya dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya yang terbaik ialah Systematic Theology (1951, 1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid. Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan pemikiran moden. | UMUM | |
KUCING | Kucing ialah haiwan kesayangan kegemaran manusia di seluruh dunia. Kucing adalah pintar dan mempunyai sifat berdikari. Haiwan kecil ini juga suka bermain-main dan menghiburkan. Banyak kucing dijadikan haiwan kesayangan yang penyayang, setia, dan menjadi teman bagi manusia semua peringkat umur. | UMUM | |
AMIS, KINGSLEY | Amis, Kingsley (1922–1995) ialah penulis novel Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang paling termasyhur ialah novelnya yang pertama, Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang pensyarah universiti yang muda berasa meluat terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You (1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man (1970), Jake’s Thing (1979), Stanley and the Women (1984), dan The Old Devils (1986). | UMUM | |
OVID | Ovid (43 S.M. – 17 M.?) ialah penyair Rom yang termasyhur. Dia paling dikenali kerana puisi cintanya yang bersifat jenaka, pintar dan canggih. | UMUM | |
THOMAS, DYLAN | Thomas, Dylan (1914–1953) ialah penyair Wales yang menulis sebahagian daripada puisi yang begitu menyentuh hati dan penuh berahi dalam kesusasteraan moden. Sejak penerbitan buku pertamanya, Eighteen Poems (1934), para pengkritik mengiktirafnya sebagai penyair tulen dan pintar. | UMUM | |
MILLAY, EDNA ST. VINCENT | Millay, Edna St. Vincent (1892–1950) ialah penyair Amerika. Kebanyakan puisinya bertema romantik. Dia menulis tentang cinta dan kematian, tentang diri dan alam sejagat, dan tentang perasaan anak muda yang memberontak. Dalam menghasilkan puisi ini, dia menggabungkan sikap sentimental dengan jenaka pintar dan kecanggihan. | UMUM | |
PAK BELALANG | PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka. | SASTERA | Karya |