| PIPIT | Pipit ialah nama bagi banyak burung biasa, kecil, yang terutamanya berwarna perang, putih, dan hitam. Namanya sparrow dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Anglo-Saxon spearwa, yang barangkali adalah istilah umum bagi burung kecil. Pipit terdapat hampir di seluruh dunia. Burung ini mempunyai paruh berbentuk kon dan memakan terutamanya biji. | UMUM | |
| PIPIT PAGAR | Pipit pagar ialah burung yang hidup di Asia dan Eropah. Ia juga dinamakan asentor pagar atau dunnock. Ia adalah burung kecil montel yang mempunyai paruh halus, bulu berwarna perang berjalur hitam. | UMUM | |
| HIKAYAT TERUNG PIPIT | Hikayat Terung Pipit, hikayat yang tergolong dalam cerita lipur lara. | SASTERA | Karya |
| LANG PIPIT | | UMUM | |
| DIKSISEL | Diksisel ialah burung bunting dalam famili burung cakar dan pipit (lihat Bunting). | UMUM | |
| BURUNG WAXWING | Burung waxwing ialah sejenis burung yang berbulu halus seperti sutera, berwarna perang kekelabuan, bersaiz lebih besar daripada burung pipit, dan mempunyai satu jambul yang jelas dapat dilihat di atas kepalanya. | UMUM | |
| BUNTING SALJI | Bunting salji ialah burung bak burung pipit di utara Amerika Utara. | UMUM | |
| SERUNAI | SERUNAI, alat muzik jenis tiupan berpipit. Alat muzik ini dikatakan ditiru daripada serunai berpipit kembar dari Timur Tengah yang dipanggil ‘Surnay’. Serunai mempunyai pipit berlapis-lapis dan susunan pelidahnya mempunyai dua lapisan kembar sebanyak empat lapis. Pelidahnya diperbuat daripada daun lontar atau daun thai yang dipanggil pipit. | BUDAYA | Alat/Alatan |
| ORGAN TANGAN | Organ tangan ialah nama umum untuk beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan muzik apabila pemainnya memutar hendalnya. Jenis yang paling umum ialah <i> organ putar, i> atau <i> organ piano, i> yang dimainkan oleh pemuzik jalanan. Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana pancang disusunkan. Apabila tong dipusing, pancang akan membuka injap pada paip tertentu. Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk udara ke dalam paip yang terbuka lalu mengeluarkan muzik. | UMUM | |