Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[piu.ter] | ڤيوتر

Definisi : 1. aloi yg mengandungi timah (80– 90%), plumbum (10–20%), dan kadangkala logam-logam lain spt kuprum dan antimoni; 2. barangan spt pinggan mangkuk, barang hiasan, dll yg diperbuat drpd logam 1. di atas: kole ~; piring ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[piu.ter] | ڤيوتر

Definisi : 1 pancalogam timah dgn plumbum (kadang-kadang dicampurkan juga kuprum dan antimoni) yg berwarna kelabu kebiru-biruan dan digunakan utk membuat barang-barang perhiasan rumah dsb. 2 barang-barang yg dibuat drpd piuter 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piuter


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIUTER

Piuter ialah aloi yang mengandungi

kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi

antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih

metalik seakan-akan warna perak dan keemasan

yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga

bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk

membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki

lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang

lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang

dibuat daripada piuter perlukan pengendalian

yang cermat.

UMUM 

Kembali ke atas