PKI | PKI, parti politik yang berpusat di Indonesia. PKI ialah singkatan Parti Komunis Indonesia. PKI bermula dengan ketibaan Hendrik Sneevliet pada tahun 1914 di Kepulauan Hindia Timur Belanda yang menubuhkan Indische Social Democratische Partij (ISDP). Dia dibantu oleh H.W. Dekker, Adolf Baars P. Bergsma dan J.H. Brandsteder. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
LEKRA | LEKRA, organisasi kebudayaan Indonesia. LEKRA adalah singkatan daripada Lembaga Kebudayaan Rakyat. LEKRA ditubuhkan pada 17 Ogos 1950 di Jakarta. Organisasi kebudayaan ini didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Pemimpin LEKRA terdiri daripada D.N. Aidit (Ketua PKI) Njoto, (wakil Ketua II dalam Politburo PKI), M.S. Ashar, A.S. Dharta, dan Joebaar Ajoeb. Setiausaha Pusat LEKRA ialah A.S. Dharta, M.S. Ashar, dan Herman Arjuno (masing-masing Setiausaha I, II dan III). Henk Ngantung dan Joebaar Ajoeb menjadi ahli pada Sekretariat Pusat. Keseluruhan pimpinan Pusat LEKRA terdiri daripada 41 orang yang merancang dan mengendalikan dasar perjuangan LEKRA menurut arahan PKI. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
LESBUMI | LESBUMI, persatuan seniman dan budayawan muslim Indonesia. LESBUMI adalah singkatan Lembaga Seniman Budayawan Muslimin Indonesia. LESBUMI ditubuhkan oleh Nahdatul Ulama pada 28 Mac 1962 di Jakarta. LESBUMI berusaha untuk menghimpun para seniman dan budayawan Muslimin Indonesia dalam suatu wadah untuk menghadapi kritikan Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). | SASTERA | Institusi/Organisasi |
D.N. AIDIT | D.N. AIDIT (1923-1965), Setiausaha Agung Parti Komunis Indonesia (PKI). Dia lahir pada 30 Julai 1923 di Pulau Bangka, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Jafar Nawawi Aidit. Dia merupakan seorang pemimpin pemuda pada saat Proklamasi Indonesia pada bulan Ogos 1945. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
GERAKAN KIRI INDONESIA | GERAKAN KIRI INDONESIA, gerakan politik Indonesia yang bermula pada awal abad ke-20. Menurut Lenin, pemimpin revolusi komunis di Rusia, gerakan kiri Indonesia ialah revolusioner yang didukung oleh rakyat Jawa dan di kalangan mereka lahir suatu gerakan Islam nasionalis. Gerakan tersebut juga didukung oleh kelompok cendekiawan yang lahir daripada perkembangan kapitalisme. Antara organisasi yang terlibat dalam gerakan ini termasuklah Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PKI), Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Indonesia Raya (Parindra) dan Gerakan Rakyat Indonesia (Gerindo). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA | PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya. Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949. Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
PRRI | PRRI, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |