PLANET | Planet adalah salah satu daripada sembilan objek besar yang beredar mengelilingi matahari. Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto. Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun 1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan matahari berbanding dengan Neptun. Matahari, planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain yang dikenali sebagai asteroid, komet dan meteoroid membentuk sistem suria . | UMUM | |
SATELIT | Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang mengelilingi bumi dalam perjalanannya mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang- bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit. Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit; Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan 2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan Zuhal dengan 18. Lihat rencana planet yang berasingan, seperti Musytari . | UMUM | |
PLUTO | Pluto ialah planet yang paling jauh dari matahari. Hanya Pluto dan Neptun merupakan planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Ahli astronomi telah menemui kedua-dua planet ini dengan menggunakan ilmu matematik. | UMUM | |
SISTEM SURIA | Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali sebagai matahari dan segala objek yang bergerak mengelilinginya. Sistem suria mengandungi: (1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit (bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini; (2) objek seperti planet yang dikenali sebagai asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma yang secara berkumpulan membentuk perantaraan antara planet. | UMUM | |
MUSYTARI | Musytari ialah planet terbesar dalam sistem solar. Garis pusat Musytari pada garisan khatulistiwanya ialah kira-kira 142 984 kilometer, 11 kali lebih besar daripada garis pusat bumi. Ini bermakna 1000 buah bumi dapat mengisi planet raksasa ini. Ahli astronomi memberi nama Jupiter (Musytari) sempena nama raja dewa orang Rom. | UMUM | |
ZUHAL | Zuhal ialah planet kedua terbesar selepas Musytari. Zuhal mempunyai tujuh lingkaran nipis yang rata di sekelilingnya. Lingkaran ini terdiri daripada lingkaran-lingkaran kecil yang mengandungi zarah-zarah ais yang bergerak mengelilingi planet tersebut. Lingkaran yang bersinar-sinar itu menjadikan Zuhal antara objek yang paling menarik dalam sistem suria. | UMUM | |
NEPTUN | Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap 248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada 23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga 15 Mac 1999. | UMUM | |
TELESKOP | Teleskop ialah alat yang menampakkan objek yang jauh kelihatan besar. Ahli astronomi menggunakan teleskop untuk mengkaji planet, bintang, dan lain-lain jasad cakerawala. Tanpa teleskop, kita hanya tahu sedikit tentang alam semesta di luar planet kita. | UMUM | |
PLANETARIUM | Planetarium ialah peranti yang menunjukkan perubahan kedudukan matahari, bulan, bintang, dan planet dengan cara mengunjurkan cahaya ke dalam kubah. Bangunan yang mengandungi peranti ini dikenali sebagai planetarium. Bangunan ini dapat berdiri sendiri atau merupakan sebahagian daripada bangunan muzium, sekolah, atau universiti. Perkataan planetarium juga membawa erti peranti yang menunjukkan pergerakan planet mengelilingi matahari. | UMUM | |
DUNIA | Dunia ialah planet bumi yang dipandang istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam sejagat ini. | UMUM | |