PLASMA | Plasma dalam fizik, ialah satu bentuk jirim yang terdiri daripada zarah atom yang bercas elektrik. Matahari dan bintang-bintang lain, serta kebanyakan objek lain di angkasa terdiri daripada plasma. Petir juga terdiri daripada plasma. | UMUM | |
ABSES | Abses ialah nanah yang terjadi dalam bahagian tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih yang digunakan oleh badan untuk mencegah jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang dijangkiti bakteria. | UMUM | |
DREW, CHARLES RICHARD | Drew, Charles Richard (1904–1950) ialah doktor Amerika yang terkenal kerana penyelidikan dalam bidang plasma darah dan penubuhan bank darah. | UMUM | |
SERUM | Serum ialah bahagian bendalir jernih dalam darah yang tertinggal selepas darah beku terbentuk. Serum sama seperti plasma (jumlah bahagian cecair dalam darah) kecuali serum tidak mengandungi fibrinogen, iaitu bahan yang menyebabkan pembekuan. | UMUM | |
ALFVÈN, HANNES OLOF GÖSTA | Alfvèn, Hannes Olof Gösta (1908–1995), ahli fizik Sweden, yang menerima Hadiah Nobel untuk fizik pada tahun 1970 kerana penyelidikannya dalam magnetohidrodinamik (MHD) dan fizik plasma. | UMUM | Umum |
MAGNETOHIDRODINAMIK | Magnetohidrodinamik, sering kali disingkatkan sebagai MHD, ialah kajian tentang cara medan elektrik dan medan magnet bersaling tindak dengan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. Bendalir ini termasuk logam cecair dan gas yang terion pada kadar yang amat tinggi yang disebut sebagai plasma. MHD memainkan peranan penting dalam pembinaan penjana kuasa dan sistem pendorongan yang menggunakan bendalir yang mengalirkan arus elektrik. MHD juga membantu ahli sains memahami kesan elektrik dan kesan magnet di sekeliling bumi dan di matahari. Kesan ini termasuk tompok matahari, ribut magnet dalam medan magnet bumi, dan aurora (cahaya utara dan selatan). | UMUM | |
ELISA | Elisa, satu kaedah mengukur kepekatan bahan di dalam larutan, terutamanya untuk mengukur antibodi dan antigen di dalam serum atau plasma. | BIOLOGI | Kaedah |
TERMOS | Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma darah. | UMUM | |
SISTEM SURIA | Sistem suria merangkumi bintang yang dikenali sebagai matahari dan segala objek yang bergerak mengelilinginya. Sistem suria mengandungi: (1) bumi dan lapan planet lain termasuklah satelit (bulan) yang mengelilingi kebanyakan planet ini; (2) objek seperti planet yang dikenali sebagai asteroid; (3) ketulan besi dan batu yang dikenali sebagai meteoroid; (4) longgokan debu dan gas beku yang dikenali sebagai komet; dan (5) zarah yang hanyut yang dikenali sebagai habuk antara planet dan gas yang bercas elektrik, iaitu plasma yang secara berkumpulan membentuk perantaraan antara planet. | UMUM | |