TURUS PLAT | Sejenis peralatan yang terdapat dalam loji kimia. Alat ini berfungsi untuk mengendalikan proses pemisahan campuran gas atau cecair bagi menghasilkan produk pada ketulenan tertentu. Proses pemisahan yang menggunakan turus plat ialah penyulingan dan penyerapan. Di dalam turus plat terdapat sejumlah plat yang diatur di atas satu sama lain pada satu jarak yang tertentu. Jumlah plat di dalam turus bergantung pada jenis komponen dalam campuran yang perlu dipisahkan dan juga tahap pemisahan yang diperlukan. Plat-plat ini berfungsi sebagai medium penyentuh antara aliran wap yang naik ke atas dengan aliran cecair yang turun ke bawah. Kedua-dua aliran ini bersentuh secara bersilang. Aliran cecair dari plat atas mengalir ke plat bawah melalui salur penurunan dan seterusnya merentasi permukaan plat sebelum mengalir melalui salur....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
PLAT BUKU | Plat buku ialah label yang dicetak atau diukir dan dilekatkan pada buku sebagai tanda pemilikan. Ia biasanya dibuat dengan kertas, tetapi kadang- kadang <i> velum i> (kulit haiwan yang disamak dan berkualiti tinggi), kulit dan bahan lain digunakan. Plat buku yang paling baik diukir melalui proses mekanis. Label yang sederhana dicetak nama pemilik dan alamat yang menjadikan plat buku lebih memuaskan, dan tidak mahal. | UMUM | |
TEKTONIK PLAT | Tektonik plat ialah teori yang menerangkan asal usul kebanyakan ciri fizikal muka bumi yang utama. Contohnya, teori itu menerangkan kewujudan kebanyakan gunung berapi, rabung yang tinggi, dan jurang yang dalam di lautan, serta pembentukan banjaran gunung. | UMUM | |
AKUATIN | Akuatin ialah kaedah menggores plat tembaga. Dalam akuatin, plat diusahakan dalam bentuk bongkah, yang biasanya digabungkan dengan garisan. Akuatin menghasilkan tekstur yang menyenangkan, berlorek dan berbutir-butir. | UMUM | |
OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
STEREOTAIP | Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini, pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam <i>bingkai i>keluli. Pekerja yang lain menyapu permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak. Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal sebagai <i>flong, i>dibentangkan di atas taip dan ditekan rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip atau <i>kat i>(gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang dikenal sebagai <i>matriks i>atau <i>mati>, diletakkan dalam kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar dicetak daripada plat ini. | UMUM | |
SISIK | Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak. Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik ikan jerung mempunyai renamel di permukaan luar dan tulang di permukaan dalam. Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai perlindungan kepada badan lembut di bawahnya. Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang halus, gebu. | UMUM | |
TANDA KEBAKARAN | Tanda kebakaran ialah plat logam yang digunakan oleh syarikat insurans British yang biasanya dipasang pada bangunan yang diinsuranskan untuk kebakaran. Setiap syarikat menyelenggarakan bomba masing-masing untuk menyelamatkan harta yang diinsuranskan oleh syarikat berkenaan. Sekiranya bomba sesebuah syarikat insurans tiba di tempat kebakaran dan mendapati bahawa bangunan berkenaan diinsuranskan kepada syarikat lain, pihak bomba tidak akan memadamkan kebakaran tersebut. Tanda kebakaran diperbuat daripada plumbum, kuprum atau besi. Tanda ini dipasangkan pada bahagian hadapan bangunan yang diinsuranskan, biasanya di antara tingkap tingkat pertama. Tanda ini menunjukkan nama atau simbol syarikat dan banyak tanda ini mempunyai reka bentuk yang berlebih-lebihan. Tanda ini pertama kali digunakan pada tahun 1660-an selepas Kebakaran Besar London. | UMUM | |
PERIVETAN | Perivetan ialah kaedah menyambungkan dua plat logam dengan bol tanpa bebenang yang dibuat daripada aluminium, besi, atau keluli, yang dikenali sebagai <i> rivet. i> Rivet mempunyai kepala bulat di satu hujungnya. | UMUM | |
PUNARAN | Punaran ialah proses mencipta reka bentuk atau gambar pada plat logam dengan menggunakan asid. Punaran mempunyai kepentingan dalam seni halus dan percetakan komersial. Rencana ini membincangkan punaran sebagai seni halus. Untuk maklumat mengenai punaran dalam percetakan komersial, lihat Fototurisan dan fotolitograf i. | UMUM | |