Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : planet yg kesembilan jauhnya dr mata­hari (paling jauh dr matahari). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : planet yg paling jauh dr matahari dlm cakera suria. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pluto


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLUTO

Pluto ialah planet yang paling jauh dari matahari.

Hanya Pluto dan Neptun merupakan planet yang

tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop.

Ahli astronomi telah menemui kedua-dua planet ini

dengan menggunakan ilmu matematik.

UMUM 
PLANET

Planet adalah salah satu daripada sembilan objek

besar yang beredar mengelilingi matahari.

Planet-planet tersebut ialah Utarid, Zuhrah, Bumi,

Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.

Pluto dianggap sebagai planet yang paling jauh

kedudukannya dari matahari, walaupun pada tahun

1979 dan tahun 1999, jaraknya hampir dengan

matahari berbanding dengan Neptun. Matahari,

planet dan satelit nya (bulan), serta objek kecil lain

yang dikenali sebagai asteroid, komet dan

meteoroid membentuk sistem suria .

UMUM 
NEPTUN

Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah

planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan

teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda

jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke

matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang

terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap

248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun

untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu

ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding

Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada

23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga

15 Mac 1999.

UMUM 
TANTALUS

Tantalus ialah raja Lydia dalam mitos Yunani.

Baginda adalah putera kepada Zeus dan dewi Pluto.

Tantalus dihukum kerana membunuh puteranya

Pelops dan mempersembahkannya kepada dewa-dewa

sebagai makanan. Pelops kemudiannya telah

dihidupkan semula. Di Hades, dunia orang yang

telah mati, Tantalus dipaksa berdiri di bawah batu-batu

yang bergantungan dengan dirinya terendam

di dalam air hingga ke paras dagunya. Apabila

baginda cuba minum, air itu akan hilang. Terdapat

buah-buahan bergantungan dari dahan yang berada

di atasnya. Tetapi apabila baginda cuba

memakannya, angin kuat akan meniup dahan itu

hingga baginda tidak dapat mencapainya. Dalam

bahasa Inggeris, perkataan tantalize yang bermakna

mengusik atau menyeksa, diambil daripada nama

Tantalus.

UMUM 
PERSEPHONE

Persephone ialah dewi yang jelita dalam mitologi

Yunani dan Romawi. Orang Yunani juga

memanggilnya Kore . Orang Rom memanggilnya

Proserpina . Persephone ialah anak perempuan

Demeter (Ceres dalam mitologi Rom), dewi

pertanian dan kesuburan. Bapa Persephone ialah

Zeus (Jupiter), raja segala dewa-dewi. Sebuah mitos

menceritakan pencarian Demeter selepas

Persephone diculik oleh Hades (Pluto), dewa alam

roh.

UMUM 
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM 

Kembali ke atas