QUANDONG | Quandong adalah pohon kecil tirus yang tumbuh di kawasan kering di Australia. | UMUM | |
MARIGOLD | Marigold ialah pohon berbunga tahan lasak yang biasanya ditanam dalam taman. Ketinggian Marigold adalah antara 15 sentimeter hingga 90 sentimeter. | UMUM | |
CORAK PUCUK REBUNG | CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam ‘gunungan’ wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. ‘Gunungan’ dalam patung wayang kulit dikenal sebagai ‘pohon hayat’ atau pohon ‘sajaratulyakin’ yang melambangkan ‘semangat kehidupan alam dan manusia’. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
PERTUMBUHAN SEMULA | Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan bahagian yang hilang atau yang rosak dengan tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika pohon atau pokok renek dicantas berhampiran dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span, snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam, dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar, mata, dan kaki yang baru. | UMUM | |
JATI | JATI (Tectona grandis daripada famili Verbenaceae), pohon kayu yang tumbuh di Semenanjung India, Myanmar, Thailand, Jawa dan utara Semenanjung Malaysia. Pohan jati tumbuh dengan baik di daerah yang agak kering, pada paras 650 m dari aras laut. Pohon jati dapat mencapai ketinggian hingga 40 m. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
GETAH IPUH | GETAH IPUH, sejenis racun daripada pohon ipuh (Antiaris toxicara Leschenault daripada famili Urticaceae). Pohon ipuh tersebar luas dari India, ke selatan China dan seterusnya ke Asia Tenggara. Disebabkan racunnya, tumbuhan ini tidak ditanam tetapi hidup liar di kawasan hutan. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
BELIAN | BELIAN (Eusideroxylon zwageri teijsm & binn daripada famili Lauraceace,i), sejenis pohon kayu yang paling keras, berat dan tahan yang banyak terdapat di Pulau Borneo. | BUDAYA | Konsep |
BERTAM | BERTAM, penempatan yang dibuka oleh Parameswara di tebing Sungai Bertam. Sungai ini mendapat nama sempena pokok bertam, sejenis pohon palma yang banyak tumbuh di tebing sungai itu. Sungai Bertam kemudian di kenal dengan nama Sungai Melaka. Setelah meninggalkan Singapura, Parameswara telah membuka beberapa petempatan tetapi tempat-tempat tersebut tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan. Setibanya Parameswara di Bertam, didapatinya tempat itu sesuai untuk dijadikan penempatan dan perlindungan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
NORMANDY | Normandy ialah sebuah daerah yang terletak di barat laut Perancis. Ia dinamai sedemikian sempena orang Norse yang menakluk kawasan tersebut pada tahun 800-an. Normandy terletak di sepanjang pinggir Selat Inggeris di antara Picardy dengan Brittany . Bandar-bandar terkenal di Normandy termasuklah Rouen, ibu negeri provinsi lama tersebut; Le Havre, Honfleur, Caen, Bayeux, dan Cherbourg . Penduduk daerah ini terkenal sebagai pelaut dan petani. Petani mengkhusus dalam penghasilan tenusu dan menanam pohon buah- buahan, khususnya epal untuk membuat cider dan brandi. Bijih besi dilombong berhampiran Caen. | UMUM | |
KEMBANG SEMANGKUK | KEMBANG SEMANGKUK, (Scaphium macropodum daripada fimili sterculiaceae), pohon yang tumbuh di hutan pamah, Semenanjung Malaysia. | BUDAYA | Flora dan Fauna |