Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata point


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETIT POINT

Petit point ialah bentuk sulaman yang halus,

selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus.

Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan

kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala

dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau

jahit setengah (half stitch).

UMUM 
SYDNEY OPERA HOUSE

Sydney Opera House di Sydney, Australia

dianggap sebagai salah sebuah bangunan yang

teragung pada tahun 1900-an. Ia terletak di

Bennelong Point, sebuah semenanjung yang

menganjur ke Pelabuhan Sydney. Dua buah

bumbungnya yang seperti layar kapal itu dengan

cangkerang yang tindih-menindih, serta

kejuruteraannya yang mengagumkan telah

menjadikannya terkenal ke seluruh dunia. Gedung

opera ini dapat menampung lebih 6600 orang

penonton. Dewan-dewannya menyediakan

kemudahan untuk konsert simfoni, opera, drama,

balet, filem, resital solo, pameran dan konvensyen.

Bumbung cangkerang itu meliputi dua buah

dewan pertunjukan yang terbesar dan sebuah

restoran.

UMUM 
ARCHER, JOHN LEE

Archer, John Lee (1791–1852), jurutera awam dan

arkitek, yang mereka bentuk kebanyakan bangunan-

bangunan tertua di Tasmania. Dia mereka bentuk

gereja-gereja Old Trinity, Richmond, Bothwell,

Hamilton, Battery Point, Stanley dan St. John di New

Town. Bangunan-bangunan awam yang paling

terkenal hasil reka bentuknya ialah Ordnance

Stores , Public Buildings dan Launceston Court

House . Rumah Kastam yang direka bentuk olehnya

kini merupakan Parlimen Tasmania. Dia juga mereka

bentuk sebahagian daripada rumah api di Low Head

dan Cape Bruny. Archer lahir di Ireland.

UMUM 
SELAT MENAI

Selat Menai ialah selat yang sempit di antara

pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar

Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer

panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur

laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya

tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer

hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar

yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat

Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak

berhampiran.

UMUM 
SYDNEY HARBOUR BRIDGE

Sydney Harbour Bridge di New South Wales

ialah jambatan Australia yang paling terkenal di

Australia dan salah sebuah jambatan satu

rentangan yang paling panjang di dunia. Bersama

dengan rentangan jalan masuknya, panjangnya

ialah 1149 meter. Jambatan ini terbentang

menyeberangi Pelabuhan Sydney dari Dawes Point

ke Milsons Point. Jambatan ini, yang dibuka pada

19 Mac 1932, mengambil masa sembilan tahun

untuk dibina dan menelan belanja hampir 20 juta

dolar Australia.

UMUM 
ANDRE, JOHN

Andre, John (1751–1780), pegawai Inggeris,

digantung oleh Tentera Revolusi Amerika kerana

menjadi perisik. Dia merupakan utusan jeneral

Inggeris, Sir Henry Clinton, yang bersama-sama

Benedict Arnold, mempunyai rancangan untuk

merampas kubu penting orang Amerika di West

Point (lihat Arnold, Benedict ).

UMUM 
AUTRY, GENE

Autry, Gene (1907–1998), penyanyi, pelakon,

penulis lagu, dan eksekutif perniagaan Amerika. Dia

menjadi terkenal kerana peranannya sebagai

seorang penyanyi koboi di dalam filem-filem Barat

dari tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Orvon

Gene Autry lahir di Tioga, berdekatan Pilot Point,

Texas, Amerika Syarikat. Dia mula merakamkan lagu-

lagu koboi pada tahun 1929 dan mencipta rekod

kegemaran ramai “That Silver-Haired Daddy of

Mine”, buat kali pertamanya, pada tahun 1931. Autry

menulis lebih daripada 250 buah lagu, termasuk

yang menjadi kegemaran ramai seperti “Tears on

My Pillow” (1941) dan “Here Comes Santa Claus”

(1947). Dia juga membuat rakaman popular lagu

“Back in the Saddle Again” (1939), “Rudolph the Red-

Nosed Reindeer” (1949), “Frosty the Snowman“ (1950)

dan “Peter Cottontail” (1950).

UMUM 
TANJUNG HARAPAN

Tanjung Harapan ialah sebuah semenanjung di

Afrika Selatan. Ia terletak lebih kurang 160 kilometer

ke barat laut Tanjung Agulhas, hujung bahagian

paling selatan Afrika. Tanjung ini menganjur ke

selatan dari Pergunungan Table yang menaungi

bandar Cape Town. Penduduk Afrika Selatan

menyebut semenanjung ini Cape Peninsula . Hujung

bahagian selatan semenanjung ini mereka namai

Cape Point. Semenanjung ini membentuk bahagian

pinggir barat Teluk False. Tanjung Harapan terkenal

dengan pemandangan yang amat indah serta pantai

yang cantik.

UMUM 
TELUK NAPLES

Teluk Naples ialah serokan Laut Tyrrhenian,

yang merupakan cabang Laut Mediteranean. Teluk

ini terkenal dengan keindahan pemandangannya di

sepanjang pesisirannya dan airnya yang dalam

berwarna biru. Teluk Naples memanjang ke pantai

barat daya pantai Itali. Lebarnya kira-kira 32

kilometer di antara Tanjung Miseno dengan Point

Campanella dan merentang ke pedalaman sejauh

kira-kira 16 kilometer. Lihat juga Naples (gambar).

UMUM 
TASIK MACQUARIE

Tasik Macquarie ialah lagun pinggir laut yang

besar di New South Wales, Australia. Luasnya kira-kira

100 kilometer persegi dan terletak kira-kira 15

kilometer ke selatan Newcastle. Air Tasik

Macquarie dibekalkan daripada beberapa anak

sungai kecil dan yang terbesar daripadanya ialah

Dora Creek dan Cockle Creek. Tasik Macquarie

terbuka terus ke laut di Tasik Entrance, berdekatan

dengan bandar pinggir laut Swansea. Bandar

utama yang lain di pesisir tasik tersebut ialah

Toronto, Wangi Wangi dan Belmont. Stesen

penjanaan kuasa terma Vales Point dan Wangi

mendapat bekalan air dari tasik tersebut. Tasik

Macquarie sebuah tempat percutian popular yang

menyediakan kemudahan bermain bot dan

memancing yang sangat baik.

UMUM 

Kembali ke atas