Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ker] | ڤوکر

Definisi : sj permainan daun terup (biasanya melibatkan pertaruhan wang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata poker


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN DAUN TERUP

Permainan daun terup ialah permainan yang

melibatkan nasib atau kemahiran menggunakan

kepingan kadbod yang nipis dan bujur. Setiap kad

atau daun terup ini mempunyai gambar atau tanda

yang tertentu. Beratus-ratus jenis permainan boleh

dimainkan menggunakan daun terup. Beberapa

orang pemain boleh mengambil bahagian, tertakluk

kepada jenis permainan. Permainan patience, atau

solitaire, dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

Permainan casino biasanya dimainkan oleh dua

orang pemain. Cribbage atau pinochle boleh

dimainkan oleh dua, tiga atau empat orang.

Permainan bridge atau whist memerlukan empat

orang pemain, manakala permainan canasta

memerlukan dua hingga enam orang pemain . Poker

pula boleh dimainkan oleh seramai sepuluh orang

pada satu-satu masa.

UMUM 

Kembali ke atas