MIMOSA | Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper. Bunganya yang kecil berwarna putih, samar, lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia, Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat apabila disentuh. Ini melindunginya daripada dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan ragut. Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa. Semalu ialah M. pudica. | UMUM | |
PITTOSPORUM | Pittosporum ialah genus (kumpulan) pokok renek dan pokok malar hijau. Kira-kira 12 jenis tumbuh di Australia. Ia juga tumbuh di New Zealand dan di beberapa bahagian di Asia dan Afrika. Pokoknya mempunyai bunga putih atau kuning berbentuk tiub. Buahnya keras dan bijinya melekit. Pittosporum manis ialah pokok kecil yang daunnya berkedut, bunganya kuning, dan bijinya merah. | UMUM | |
ANGGUR | Anggur ialah sejenis buah beri berkulit licin dan berair yang tumbuh menjalar. Anggur tumbuh dalam gugusan yang menghasilkan enam hingga 300 beri. Beri ini mungkin hitam, biru, keemasan, hijau, ungu, merah, atau putih, bergantung pada jenis pokoknya. Lebih daripada 65 juta metrik tan anggur dituai setiap tahun di seluruh dunia. Kira-kira 80 peratus jumlah tanaman ini digunakan untuk membuat wain. | UMUM | |
TANGERIN | Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi. Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali, Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata . Lihat juga Tangelo; Tangor. | UMUM | |
KUPU-KUPU GIPSI | Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan daun pokok daun lebar dan daun jejarum. Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam beberapa tahun berturut-turut. Beluncas kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya pokok oak. | UMUM | |