POLAND | Poland ialah negara besar Eropah tengah yang bersempadan dengan Laut Baltik. Warsaw ialah ibu negara Poland dan bandar yang terbesar. | UMUM | |
PITSUDSKI, JÓZEF | Pitsudski, Józef (1867–1935) ialah patriot Poland yang memimpin pergerakan pembebasan Poland daripada Rusia dan membantu menyatupadukan negaranya. Pilsudski berkhidmat sebagai ketua negara Poland yang pertama dan juga menteri perang selepas Poland bertukar menjadi sebuah republik pada tahun 1918. Perlembagaan demokrasi yang baru diwujudkan menjadikan jawatan presiden sebagai satu jawatan yang lemah. Oleh itu, Pitsudski enggan dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut. Pada tahun 1922, dia mengundurkan diri daripada politik buat sementara waktu. Pada tahun 1926, dia menggunakan kuasa tentera untuk menggulingkan kerajaan. Profesor Ignacy Mos´cicki dilantik menjadi presiden yang baru. Pitsudski menjadi perdana menteri dan berkhidmat hingga tahun 1928. Pada tahun 1930, dia sekali lagi menjadi perdana menteri. Pitsudski berjaya mengekalkan kuasa sebenarnya dalam kerajaan dan berkuasa sepenuhnya sejak tahun 1926 sehinggalah dia meninggal dunia. | UMUM | |
KORIDOR POLAND | Koridor Poland ialah sejalur kawasan sempit yang diambil dari Jerman dan diberi kepada Poland selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I (1914–1918). | UMUM | |
SUNGAI VISTULA | Sungai Vistula ialah laluan air yang penting di kawasan timur Eropah Tengah. Sungai ini ialah laluan yang sesak di Poland. Sungai Vistula bermula di Pergunungan Carpathian di bahagian selatan Poland, dan seterusnya mengalir mengikut laluan berlingkar ke arah utara. Sungai ini merentasi bandar Warsaw dan mengalir dalam beberapa cawangan sebelum memasuki Laut Baltik. Gda´nsk terletak di kuala Sungai Nogat, iaitu cawangan sungai tersebut yang paling ke barat. Lihat Poland (peta rupa bumi). | UMUM | |
KOSCIUSZKO, THADDEUS | Kosciuszko, Thaddeus (1746–1817), pahlawan Poland yang berjuang untuk kemerdekaan Amerika Syarikat dan Poland. | UMUM | |
SINGER, ISAAC BASHEVIS | Singer, Isaac Bashevis (1904–1991) ialah pengarang kelahiran Poland yang menerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 1978. Singer yang menulis dalam bahasa Yiddish, anak kepada seorang rabai. Pendidikan Yahudi dan Poland membentuk asas penulisannya. | UMUM | Konsep |
SILESIA | Silesia ialah wilayah di barat daya Poland, timur Jerman, dan bahagian utara Republik Czech. Kawasan yang termasuk di dalamnya ialah bahagian hulu Lembah Sungai Oder dan Gunung Sudetes. Silesia meliputi kawasan seluas 49 000 kilometer persegi dan berpenduduk kira-kira 10 000 orang. Katowice dan Wroclaw, Poland merupakan bandar utamanya. | UMUM | |
STRZELECKI, SIR PAUL EDMUND DE | Strzelecki, Sir Paul Edmund de (1797–1873), ialah penjelajah dan ahli sains Poland, yang mendaki dan menamakan Gunung Kosciusko, puncak tertinggi di Alps Australia, pada tahun 1840. Dia berminat dalam bidang geologi dan mineralogi. Strzelecki meneroka sebahagian besar New South Wales serta Pulau Tasmania. Pada tahun 1839, dia menemui sedikit logam emas berdekatan Hartley dan Wellington, di New South Wales. Dia menyatakan bahawa kawasan Bathurst mengandungi emas dalam jumlah yang banyak. Pada tahun 1840, dia pergi dari Gunung Kosciusko melalui Gippsland ke West Port, dan Melbourne. Laluan yang sukar membuatkannya meninggalkan kuda dan sebilangan contoh-contoh geologi. Strzelecki lahir berhampiran dengan tempat yang kini dikenali Poznan´, di Poland. Dia mendapat pendidikan di Warsaw, dan menganggotai angkatan tentera Prussia. Dia sampai di Australia pada tahun 1839, tetapi menetap di Britain pada tahun 1843. | UMUM | |
ASCH, SHOLEM | Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish. Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha mencari kesucian. | UMUM | |
CHOPIN, FRÉDÉRIC FRANÇOIS | Chopin, Frédéric François (1810–1849), penggubah muzik kelahiran Poland, merupakan seorang “master” dalam penggubahan muzik piano. Chopin menggubah muzik kamar (muzik untuk kumpulan alat yang kecil), beberapa lagu, dan beberapa buah lagi untuk piano dan orkestra. Tetapi kemasyhurannya terletak semata-mata atas lebih daripada 200 gubahan untuk piano solo. | UMUM | Umum |