Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.mer] | ڤوليمر

Definisi : (Kim) sebatian (sama ada terbentuk secara semula jadi atau buatan) spt kanji, politena dll yg terdiri drpd molekul kompleks yg terbentuk drpd gabungan unit-unit kecil (ringkas) yg serupa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.mer] | ڤوليمر

Definisi : ist bahan yg terdiri drpd molekul besar yg terbentuk drpd pemaduan molekul ringkas (monomer). pempolimeran proses pemaduan dua atau beberapa monomer utk membentuk polimer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polimer


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUHU PELEBURAN POLIMERSuhu berlakunya perubahan keadaan polimer daripada pepejal ke cecair. Pada takat suhu peleburan, polimer mengalami perubahan sifat fizikal secara mendadak. Bahan polimer tidak mempunyai suhu peleburan yang tajam seperti bahan bermolekul kecil yang ringkas, contohnya air yang melebur tepat pada suhu 0ºC.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
BAHAN ANTIOKSIDAAN POLIMERBahan tambah yang dicampur ke dalam bahan lain seperti polimer untuk mengelakkan tindak balas pengoksidaan antara oksigen atmosfera dengan rantai polimer yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan bahan polimer.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
POLIMER

Polimer ialah molekul yang besar, panjang, bak

rantai yang terbentuk oleh rangkaian kimia banyak

molekul kecil. Unit kecil binaan molekul dikenali

sebagai monomer . Monomer bersambung

menjadi rantai melalui proses rangkaian yang

berulang yang dikenali sebagai pempolimeran .

Polimer boleh terdiri daripada beribu-ribu

monomer. Sesetengah polimer wujud secara

semula jadi. Yang lain adalah polimer sintetik.

UMUM 
MONOMER

Monomer ialah molekul kecil yang boleh

berpadu dengan monomer-monomer lain untuk

membentuk monomer yang lebih besar yang

dikenali sebagai polimer. Polimer digunakan untuk

membuat cat, plastik, getah sintetik, dan serat

sintetik. Haba, tekanan, dan rawatan kimia boleh

digunakan untuk menjadikan monomer berpadu.

Lihat juga Pempolimeran; Polimer.

UMUM 
BAHAN TAMBAH POLIMERBahan yang dicampur dan diserakkan secara fizikal ke dalam matriks polimer tanpa memberi kesan ke atas struktur molekul polimer tersebut.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
ANALISIS TERMA POLIMERmigrasiKEJURUTERAANKonsep
SUHU PERALIHAN KACASuhu bagi sesuatu bahan polimer berubah daripada keadaan tegar (keadaan berkaca) ke keadaan lembut dan boleh lentur (keadaan bergetah). Peralihan yang biasa berlaku pada bahan berberat molekul rendah ialah perubahan keadaan antara pepejal, cecair, dan gas. Bagi bahan berberat molekul tinggi seperti polimer, peralihan ke keadaan gas tidak pernah tercapai kecuali jika terjadi tindak balas penguraian. Peralihan daripada keadaan pepejal ke cecair juga tidak jelas dan tidak berlaku secara mendadak, melainkan jika polimer itu mempunyai kehabluran yang tinggi. Bagi bahan polimer biasa, zon peralihan yang penting ialah peralihan kaca Tg dan peleburan hablur Tm.KEJURUTERAANDisiplin Ilmu
BERAT MOLEKUL PURATANilai berat molekul sesuatu polimer yang diukur atau dihitung secara purata mengikut bilangan dan berat setiap saiz yang wujud dalam polimer tersebut.KEJURUTERAANKonsep
POLIETILENA

Polietilena ialah polimer sintetik yang utama,

iaitu bahan penting dalam plastik. Keluaran plastik

polietilena termasuk beg plastik dan bekas untuk

susu dan minyak. Kira-kira satu per tiga daripada

keluaran polimer sintetik adalah polietilena.

UMUM 
GETAH SINTETIKBahan polimer buatan sendiri bersifat kenyal yang boleh memanjang sehingga 600- 700 peratus dan dihasilkan melalui proses pempolimeran monomer.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
12

Kembali ke atas