Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pop] | ڤوڤ

Definisi : popular; lagu ~ lagu (nyanyian) yg popu­lar; penyanyi ~ penyanyi lagu popular. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pop


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI POP

Seni pop ialah gerakan seni yang berasal di

England pada tahun 1950-an tetapi menjadi

terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an.

Banyak artis seni pop menggunakan ilustrasi

komersial “bukan artistik”, biasa dan sehari-harian

sebagai asas karya mereka. Kebanyakan karya

yang dihasilkan oleh artis ini bersifat satira atau

tidak serius dari segi isinya. Walau

bagaimanapun, penggunaan bentuk dan tema

daripada budaya rakyat oleh artis ini bertujuan

untuk menurunkan nilai yang dianggap sebagai

aspek-aspek yang terlalu sukar atau peribadi

dalam bentuk seni halus tradisional.

UMUM 
MINUMAN RINGAN

Minuman ringan ialah minuman tanpa alkohol,

berperisa, yang disediakan dengan air bergas.

Minuman ini dinamakan ringan untuk

membezakannya daripada minuman keras

(beralkohol). Minuman ringan juga dinamakan

sebagai pop soda, soda, atau pop. Kola adalah

minuman ringan yang paling banyak digunakan.

Perisa lain termasuk lemon, limau nipis, oren,

anggur, dan air halia. Minuman ringan popular di

banyak negara di dunia.

UMUM 
PARTON, DOLLY REBECCA

Parton, Dolly Rebecca (1946– ), penyanyi

serta penulis muzik country dan muzik pop

Amerika, menjadi penghibur terkenal pada tahun

1970-an. Suara Dolly yang terang lagi mendayu-

dayu, penampilannya yang menggemparkan

dengan rambut perang dan bakat pentasnya,

menarik banyak peminat.

UMUM 
RIVERS, LARRY

Rivers, Larry (1923–2002) ialah pelukis Amerika

Syarikat. Bermula pada awal tahun 1950-an, Rivers

memilih lambang Amerika sebagai subjek

lukisannya. Subjek itu sama ada boleh menjadi

tema sejarah atau imej barangan komersial seperti

kotak rokok. Karya Rivers yang sengaja tidak

diidealistikkan membawa unsur yang

menggelikan tetapi semula jadi ironinya. Dengan

penggunaan imejan popular sebagai bahan

pendahuluan, dia sering dianggap pelopor

pergerakan seni pop. (Lihat Seni pop ).

UMUM 

Kembali ke atas