Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n head of the Roman Catholic Church , paus: the ~s of the fifteenth century , paus abad ke-lima belas; P~ Pius XII, Paus Pius ke-XII. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pope


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POPE, ALEXANDER

Pope, Alexander (1688–1744) ialah penyair

Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an.

Satira puisinya yang dianggap sangat indah

mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia.

Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran

menjadikannya penulis yang paling digeruni di

England pada zamannya.

UMUM 
APONTE MARTINEZ, LUIS CARDINAL

Aponte Martinez, Luis Cardinal (1922– ),

ketua biskop San Juan, menjadi orang Puerto Rico

yang pertama menjadi kardinal Gereja Roman

Katolik. Pope Paul VI melantiknya menjadi kardinal

pada tahun 1973. Aponte Martinez lahir di Lajas,

Puerto Rico dan telah ditahbiskan sebagai paderi

pada tahun 1950. Pada tahun 1960, dia ditahbiskan

sebagai biskop dan menjadi pembantu biskop di

Ponce, Puerto Rico. Aponte Martinez diberi nama

sempena dengan nama ketua biskop San Juan pada

tahun 1964.

UMUM 
MONTE CASSINO

Monte Cassino ialah biara di Itali terletak di

antara Rom dan Naples. Di sini Saint Benedict

menubuhkan mazhab Benedictine, Roman Katolik.

Lebih kurang pada tahun 529 M., Saint Benedict lari

daripada hukuman bunuh dan bersembunyi dalam

bandar Cassino yang telah musnah. Kemudian

Saint Benedict dan pengikutnya membina sebuah

biara di tempat tinggi di bandar tersebut. Mazhab

Benedictine di Monte Cassino mencapai kemuncak

pengaruhnya dari tahun 1058 hingga tahun 1087.

Rahib Desiderius, yang kemudian menjadi Pope

Victor III memerintah Monte Cassino pada masa

itu. Para rahib dan biarawan di Monte Cassino

menghasilkan manuskrip dan lukisan yang terkenal

di seluruh dunia. Pada tahun 1071, sebuah gereja

baru telah ditahbiskan. Ia dinamakan katedral pada

tahun 1321.

UMUM 

Kembali ke atas