Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.pu.lar] | ڤوڤولر

Definisi : digemari atau disukai ramai: mengapa lagu-lagunya dlm waktu yg singkat menjadi demikian ~?; bintang-bintang filem yg ~; mempopularkan menjadikan popular (di­sukai ramai): hal ini tidak pula bererti bahawa saya tidak dapat dan tidak ada hak menulis novel utk ~ perjuangan pemuda-pemuda Indonesia; kepopularan perihal popular, populariti: utk mengembangkan ~ di luar negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.pu.lar] | ڤوڤولر

Definisi : diketahui dan disukai oleh orang ramai; terkenal: lagu-lagu ~. mempopularkan menjadikan popular; menjadikan terkenal: ~ batik di luar negara. kepopularan hal atau keadaan popular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
popular (adjektif)
Bersinonim dengan terkenal, termasyhur, ternama, terbilang, terkemuka, terhebah, tersohor;,
Kata Terbitan : mempopularkan, kepopularan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZIK POPULAR

Muzik popular ialah muzik yang mendapat

tempat di hati orang ramai iaitu muzik yang

dinikmati oleh sebilangan besar penduduk. Istilah

ini sering digunakan untuk membezakannya

daripada muzik klasik. Muzik klasik adalah satu

bentuk seni yang dipelajari, dan ciptaan yang

agak rumit dipersembahkan oleh pemain

instrumental solo, kuartet bertali, orkestra

simfoni, dan sebagainya. Sesetengah orang

merasakan bahawa muzik popular mudah dan

menghiburkan sementara muzik klasik pula

serius, begitu halus, atau sukar dinikmati. Walau

bagaimanapun lagu popular seperti “Eleanor

Rigby” oleh John Lennon dan Paul McCartney,

adalah serius dan agak rumit, dan banyak karya

klasik seperti Eine Kleine Nachtmusik karya

Mozart, simfoni-simfoni Tchaikovsky, atau Bolero

karya Ravel dikenali dan digemari oleh berjuta-juta

pendengar. Malah sesetengah muzik klasik

seperti beberapa karya piano Chopin telah

diadaptasikan sebagai lagu popular.

UMUM 
AGERATUM

Ageratum ialah pokok taman yang popular,

tumbuh rendah dan semusim yang popular.

Bunganya berwarna biru pucat, putih, atau samar.

Ia berbunga sepanjang musim panas. Setiap

kuntum bunga mempunyai banyak bunga kecil

berbentuk tiub yang tumbuh rapat-rapat. Pokok

ageratum boleh ditanam daripada biji pada

mulanya di dalam rumah pada awal musim bunga,

atau ditanam di luar rumah kemudiannya.

UMUM 
REGGAE

Reggae ialah sejenis muzik popular yang

dikembangkan di Jamaica pada tahun 1960-an. Pada

mulanya, reggae dipersembahkan khusus untuk

rakyat Jamaica yang miskin. Kemudiannya Reggae

menjadi popular di seluruh Jamaica dan England

serta Amerika Syarikat. Reggae mempengaruhi jiwa

irama blues dan muzik rock.

UMUM 
MUZIK COUNTRY

Muzik country ialah muzik rakyat Amerika

yang popular. Muzik ini dikaitkan dengan budaya

luar bandar dan kawasan Amerika Syarikat

Selatan. Muzik ini berkembang pada tahun 1800-

an, hasil gabungan eleman-eleman muzik rakyat

dari Great Britain, muzik blues dari masyarakat

kulit hitam luar bandar di Selatan, lagu-lagu

popular pada akhir tahun 1800-an dan muzik

agama. Ada kalanya, muzik country dipanggil

muzik country and western, dan begitu popular di

seluruh dunia sejak tahun 1940-an.

UMUM 
MELIGAS

Meligas juga dikenali sebagai lumba abah-abah,

merupakan satu perlumbaan kuda yang popular.

Dalam meligas, setiap kuda menarik pemandu yang

berada di dalam kenderaan ringan beroda dua yang

dikenali sebagai sulky. Meligas popular di Australia,

Kanada, New Zealand, dan Amerika Syarikat, serta

kebanyakan negara Eropah. Berjuta-juta orang

menyaksikan perlumbaan meligas setiap tahun.

Kebanyakan perlumbaan berlangsung di trek

perlumbaan yang besar di mana orang ramai boleh

bertaruh ke atas kuda.

UMUM 
SPRINGSTEEN, BRUCE

Springsteen, Bruce (1949– ) ialah penyanyi,

penulis lagu, dan pemain gitar Amerika yang

popular. Peminatnya selalu menggelarnya “The Boss”.

Muzik Springsteen mencerminkan gaya ritma yang

bertenaga serta blues dan rock ‘n’ roll yang popular

pada tahun 1950-an. Dia mengubah sendiri hampir

kesemua lagu yang dipersembahkannya.

UMUM 
BOLA SEPAK

Bola sepak ialah sukan yang paling popular

di dunia. Ia adalah sukan kebangsaan bagi

kebanyakan negara di Eropah dan di Amerika

Latin dan bagi banyak negara yang lain. Sukan ini

dikenali sebagai football di kebanyakan negara

yang bertutur bahasa Inggeris. Ia juga selalu

dikenali sebagai soccer, iaitu namanya yang lebih

popular dalam bahasa Inggeris.

UMUM 
SERAPIS

Serapis ialah dewa yang tiba-tiba menjadi

popular di Mesir pada tahun 300-an S.M.

Pemerintah Ptolemaic di Mesir bermula dengan

Ptolemy I pada tahun 323 S.M., telah membina

sebuah kuil yang sangat indah untuk Serapis dan

menggalakkan penyebaran fahamannya di seluruh

dunia Mediterranean.

Serapis menggabungkan watak Mesir dan

Yunani. Di Alexandria, dia digambarkan sebagai

dewa yang menduduki takhta yang merupakan

lambang diraja seperti Zeus, raja segala dewa

Yunani. Serapis ialah dewa alam ghaib, dikaitkan

dengan Isis, dewi Mesir yang popular. Selain itu,

Serapis bertindak sebagai pemilik Sungai Nil yang

memberikan kesuburan. Dia melindungi golongan

yang bekerja di laut, memberikan ilham tentang

ramalan, menyembuhkan pesakit, dan memerintah

seluruh alam semesta seperti Zeus.

Serapis memiliki banyak watak Mesirnya

daripada fahaman Osiris-Apis di Memphis. Nama

Serapis mungkin merupakan gabungan antara

Osiris dengan Apis. Osiris, suami Isis, ialah dewa

kesuburan dan dewa alam ghaib. Apis pula

merupakan bentuk duniawi Osiris dalam lambang

lembu jantan.

UMUM 
TANGERIN

Tangerin ialah nama popular bagi buah sitrus

dalam kumpulan mandarin. Buah ini kelihatan seperti

oren, tetapi lebih kecil dan lebih leper, lebih mudah

dikopek dan ulasnya lebih mudah terpisah. Tangerin

ialah buah mandarin merah jingga yang berasal dari

Asia Tenggara. Kulitnya nipis dan berbau wangi.

Buahnya lembut, tetapi pokoknya lebih tahan

terhadap kesejukan daripada pokok oren. Jenis

tangerin termasuk Clementine, Dancy, Ponkan dan

jenis kacukan seperti Kinnow, Robinson, Sunburst

dan Wilking. Tangerin ditanam di Brazil, China, Itali,

Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pengelasan saintifik. Tangerin tergolong dalam famili

rue, Rutaceae. Ia adalah Citrus reticulata .

Lihat juga Tangelo; Tangor.

UMUM 
NILAND, D'ARCY

Niland, D’arcy (1917–1967), pengarang Australia,

menulis lima buah novel dan lebih daripada 500

buah cerpen. Niland merupakan penulis yang

popular dan bukan novelis sastera. Tetapi pengkritik

mengiktirafnya kerana kepakarannya dalam

membina karyanya. Novelnya yang paling popular

ialah The Shiralee (1955). Novel ini memaparkan

dengan mendalam tentang seorang lelaki yang

mengembara di daerah pedalaman dengan anak

perempuannya yang berumur empat tahun. Karyanya

yang lain termasuklah The Big Smoke (1959) dan

Ballad of the Fat Bushranger (1961). D’arcy Francis

Niland lahir di Glen Innes, New South Wales.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas