Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.si.ti.vis.me] | ڤوسيتيۏيسمى

Definisi : alliran falsafah yg menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu yg pasti (berlawanan dgn metafizik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata positivisme


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POSITIVISME

Positivisme ialah kepelbagaian teori falsafah

yang dikenali sebagai empirisisme . Teori ini

menyatakan bahawa semua ilmu pengetahuan

adalah berasaskan pengalaman. Terdapat dua

bentuk positivisme yang utama. Auguste Comte,

ahli falsafah Perancis, memperkembangkan bentuk

positivisme yang pertama pada tahun 1800-an.

Bentuk yang kedua yang dikenali sebagai

positivisme logik , diperkembangkan pada tahun

1920-an di kalangan sekumpulan ahli falsafah yang

dikenali sebagai Lingkaran Vienna.

UMUM 
AYER, SIR ALFRED JULES

Ayer, Sir Alfred Jules (1910 –1989), ahli falsafah

British, memprolehi reputasi awal kerana bukunya

Language, Truth and Logic (1936). Buku ini

memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai

positivisme logik dan doktrin bahawa pesoalan

dalam metafizik adalah tanpa makna. Karya-karya

falsafahnya yang terkemudian termasuk The

Foundations of Empirical Knowledge (1940) dan

The Problem of Knowledge (1956).

Ayer lahir di London dan mendapat pendidikan

di Eton College serta Oxford University. Dia

menjadi profesor di London University pada tahun

1946, dan memegang jawatan Profesor Wykeham

Professor of Logic di Oxford University pada tahun

1959 hingga 1978.

UMUM 

Kembali ke atas