POSTUR | Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus. Otot ini termasuk otot yang menahan belakang, pinggul dan lutut daripada bengkok. Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah. | UMUM | |
SPINA | Spina ialah bahagian rangka yang menganjur ke bawah di tengah belakang. Ia terdiri daripada satu turus tulang yang dikenali sebagai vertebra. Spina memainkan peranan yang penting dalam postur dan pergerakan, dan ia juga melindungi korda spina. Spina juga dikenali sebagai turus spina, turus vertebra, atau tulang belakang. Haiwan yang mempunyai spina dinamakan vertebrat. | UMUM | |
KINESIKA | Kinesika ialah kajian saintifik tentang gerakan tubuh yang terlibat semasa berkomunikasi, terutama apabila gerakan itu mengiringi percakapan. Gerakan ini meliputi gerak isyarat, air muka, kelakuan mata dan postur. | UMUM | |