KAIN PUNCA POTONG | KAIN PUNCA POTONG, kain yang kedua-dua pangkalnya tidak disambungkan. Bagi orang Kelantan, kain ini disebut juga sebagai ‘kain punca cuai’ atau ‘kain pantat cuai’. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KORNELIAN | Kornelian ialah sejenis batu kuarza berwarna merah atau perang kemerah-merahan yang boleh dipotong-potong dan digilap untuk dijadikan barang permata. | UMUM | |
KAIN SAYAP PEKAKA | KAIN SAYAP PEKAKA, Kain limar tapak catur punca potong yang ditenun daripada benang sutera halus di kedua-dua benang loseng dan pakan. Kain ini telah menjadi kain basahan atau sebahagian daripada pakaian harian kaum lelaki di Kelantan dan Terengganu. Walau bagaimanapun, bagi pakaian harian, kain ditenun daripada benang kapas sahaja. | BUDAYA | Kraf Tangan |
BENGKUNG | BENGKUNG, kain yang dililit di bahagian pinggang dan dipakai oleh lelaki dan wanita dengan fungsi dan tujuan yang tertentu. Bengkung bagi lelaki pada asasnya ialah ikat pinggang atau kain ikat pinggang. Pada masa itu, kain ikat pinggang merupakan sehelai kain punca potong sepanjang lebih kurang 200 cm panjang dan selebar 80 cm hingga 90 cm. Bengkung yang terbaik pada masa itu ialah kain cindai daripada sutera yang berjambul (berambu) kedua-duanya puncanya, buatan India dan coraknya berbelang-belang seperti kulit ular. Ada kalanya seseorang yang memakai bengkung disebut sebagai ‘bersayap sandang’ kerana kain ikat pinggangnya dipakai melintang pada dada untuk menusukkan pedang atau keris. | BUDAYA | Alat/Alatan |