REYNOLDS, SIR JOSHUA | Reynolds, Sir Joshua (1723–1792), pelukis potret Inggeris yang ulung. Potret lukisan Reynolds menunjukkan kemahirannya menghidupkan subjek dan juga kefahaman yang mendalam tentang sifat dan tabiat manusia. Antara karya Reynolds termasuklah potret Hon. Augustus Keppel (1754), William Robertsen (1772), dan Sarah Siddons as the Tragic Muse (1784). Reynolds menulis 15 esei tentang pendidikan seni yang dikenali sebagai Discourses yang menekankan kepentingan kehebatan kesenian dan keperluan menjalankan latihan akademik yang tegar. | UMUM | |
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR | POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya. | SASTERA | Karya |
BORGLUM, GUTZON | Borglum, Gutzon (1867–1941) ialah pengarca Amerika yang terkenal kerana mencipta Mount Rushmore National Memorial di Dakota Selatan, Amerika Syarikat. Ciptaannya itu terdiri daripada potret-potret besar empat presiden Amerika, iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt, dan Abraham Lincoln, yang dipahat di gunung. | UMUM | |
RENOIR, PIERRE AUGUSTE | p> Renoir, Pierre Auguste (1841–1919), pelukis impresionis Perancis yang terkenal dengan lukisan gadis muda, kanak-kanak, dan potret kemesraan dalam kehidupan kelas pertengahan Perancis. Dia gemar melukis kumpulan orang yang sedang bergembira dalam suasana yang ghairah, dan dia selalu menggunakan rakan-rakannya sebagai model. Dia selalu melukis potret isteri dan anaknya. | UMUM | |
KARSH, YOUSUF | Karsh, Yousuf (1908–2002), jurufoto Kanada yang terkenal kerana rakaman potret orang penting pada peringkat antarabangsa dalam bidang politik, sastera dan seni. | UMUM | |
KAUFMANN, ANGELICA | Kaufmann, Angelica (1741–1807) ialah pelukis Switzerland. Dia mengkhusus dalam lukisan potret dan adegan daripada mitologi serta sejarah Yunani dan Rom. | UMUM | |
DOBELL, SIR WILLIAM | Dobell, Sir William (1899–1970) ialah pelukis dan juga pelukis cat potret Australia yang terkemuka. Dia memenangi Hadiah Archibald sebanyak tiga kali –tahun 1943, tahun 1948 dan tahun 1949. | UMUM | |
LICHFIELD, PATRICK, EARL OF | Lichfield, Patrick, Earl of (1939– ) ialah jurugambar British yang terkenal kerana gambar potret keluarga diraja. Nama penuhnya ialah Thomas Patrik John Anson, dan merupakan anak kelima Earl Lichfield. | UMUM | |
HADIAH ARCHIBALD | Hadiah Archibald ialah hadiah kesenian bernilai 10 000 dolar Amerika yang dianugerahkan setiap tahun untuk lukisan potret. | UMUM | |
DARGIE, SIR WILLIAM | Dargie, Sir William (1912– ? ) ialah pelukis Australia yang terkenal dengan lukisan potretnya yang realistik dan telah memenangi Hadiah Archibald untuk potret sebanyak lapan kali. | UMUM | |