Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep 1. public relations (perhubungan awam); 2. Parti Rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : simbol kimia bagi praseodimium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pr


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERHUBUNGAN AWAM

Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR

(public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan

meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara

sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau

lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum .

Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang

bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan

sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan

agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli

politik, dan penghibur, adalah di antara mereka

yang menggunakan perhubungan awam.

UMUM 
PRASEODIMIUM

Praseodimium adalah satu daripada unsur

kimia nadir bumi. Simbol kimianya ialah Pr,

nombor atomnya ialah 59, dan berat atomnya ialah

140.908. Pada 25 ° C, ketumpatannya ialah 6.475 gram

per sentimeter padu (lihat Ketumpatan ).

UMUM 
GUGUS KONSONAN

Gugus konsonan ialah gabungan dua konsonan atau lebih yang berurutan dalam satu suku kata, misalnya kl dalam klasik; pr dalam kata protes; skr dalam kata skru; dan str dalam kata strategi.

BAHASAKonsep

Kembali ke atas