Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prb


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMBERONTAKAN BRUNEI

PEMBERONTAKAN Brunei,  peristiwa pemberontakan menentang kerajaan Brunei pada masa pemerintahan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.  Peristiwa ini berlaku pada 8 Disember 1962 dan dicetuskan oleh Parti Rakyat Brunei (PRB).  PRB bertindak untuk membuat pembaharuan dalam sistem pemerintahan tradisi.  Ini selaras dengan matlamat PRB iaitu untuk mewujudkan kerajaan baharu yang dikenal sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) yang terdiri daripada Sabah, Sarawak dan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PARTI RAKYAT BRUNEI

PARTI RAKYAT BRUNEI, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada 22Januari 1956.  Parti Rakyat Brunei (PRB) dipimpin oleh A.M. Azahari yang mendukung cita-cita perjuangan nasionalisme memerdekakan Brunei daripada penjajahan British.  Dia juga ingin mengembalikan keagungan wilayah Brunei, yang pernah menjadi satu empayar Melayu terkenal pada masa silam, dengan menggabungkan wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dalam satu persekutuan yang lebih besar di bawah pemerintahan seorang sultan iaitu Sultan Brunei.  Persekutuan ini akan dikenal sebagai Persekutuan Kalimantan Utara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas