[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي
Definisi : (préskripsi) 1. arahan doktor tentang ubat yg harus disediakan utk pesakit tertentu dan cara menggunakannya (memakannya); 2. sesuatu ketetapan (keputusan dsb) yg bersifat atau bertujuan menentukan, ketentuan (utk menjadi pegangan atau panduan); mempreskripsikan memberikan preskripsi (bkn penggunaan ubat dsb): doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pré.skrip.si] | ڤريسکريڤسي
Definisi : /préskripsi/ 1 arahan doktor atau pengamal perubatan ttg ubat yg disediakan utk pesakit dan cara menggunakannya, atau banyak mana yg perlu dimakan. 2 ketetapan, keputusan dsb yg bertujuan utk menentukan sesuatu; ketentuan utk dijadikan pegangan atau panduan. mempreskripsikan memberikan preskripsi ttg cara menggunakan ubat, sukatannya dsb: Doktor telah ~ ubat yg perlu dimakan utk mengubati penyakitnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)