ASSOCIATED PRESS (AP) | Associated Press (AP) ialah salah satu perkhidmatan pengumpulan berita yang terbesar di dunia dan salah satu daripada dua perkhidmatan berita umum di Amerika Syarikat. Yang satu lagi ialah United Press International (UPI). AP mengedarkan berita-berita antarabangsa, wilayah dan tempatan kepada media di seluruh dunia. | UMUM | |
QALAM PRESS | QALAM PRESS, penerbit buku. Nama penuh Qalam Press ialah Qalam Press Limited. Penerbitan ini diusahakan oleh Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus pada bulan September 1951 di Kedai No. 356 dan 358, Geylang Road, Singapura. | SASTERA | Penerbitan |
UTUSAN MELAYU PRESS LTD. | UTUSAN MELAYU PRESS LTD., organisasi media yang terulung di Malaysia. Utusan Melayu Press Ltd. ditubuhkan pada tahun 1938 di Singapura. Penerbit ini ditubuhkan untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai wadah perjuangan orang Melayu menentang penjajahan dan menyemarakkan perjuangan bagi kepentingan bangsa, agama dan negara. Pejabat Utusan Melayu Press Ltd., pada mulanya terletak di sebuah bangunan kedai tiga tingkat di Queen Street dan kemudiannya berpindah ke Cecil Street. Antara pengasas Utusan Melayu adalah Yusof Ishak, Daud Mohammad Shah, Haji Embok Soloh, Haji Abdul Hamid Haji Mohammad, Tengku Abdul Kadir Mohamad, Haji Ismail Haji Mohamad Taib, Embok Abdul Ghani, Haji Omar dan Abdul Jalil Haji Harun. Dengan modal permulaan sebanyak $12,290.00, lahirlah Utusan Melayu Press Ltd., pada 19 Mei 1939. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
THE MALAY PRESS | THE MALAY PRESS, pencetak. The Malay Press atau Percetakan Melayu, Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Abdul Ghani Abdullah. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press diterbit dan diedarkan sepenuhnya oleh The Sentosa Store yang juga terletak di Kuala Pilah. Buku-buku dan majalah tersebut diedarkan ke seluruh Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Brunei dan Borneo. Turut juga diedarkan ke wilayah berbahasa Melayu di selatan Thailand dan di beberapa buah negara di Asia Barat di mana terdapat pelajar Melayu menuntut di sana. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press meliputi buku bercorak agama, novel (roman), buku pengetahuan dan pendidikan, dan majalah Juita. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
JELUTONG PRESS | JELUTONG PRESS, syarikat percetakan Melayu. Percetakan ini ditubuhkan pada tahun 1927, berpejabat di Jelutong, Pulau Pinang oleh Syed Syekh al-Hadi dengan sokongan sahabat karibnya, Haji Abu Bakar (Haji Bacik atau Bacik Melaka). | SASTERA | Institusi/Organisasi |
JAMILIAH PRESS, MUAR | JAMILIAH PRESS, MUAR, syarikat percetakan Melayu. Percetakan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1920-an, berpejabat di Parit Jamil, Muar, Johor oleh Haji Jaafar Haji Taib, dengan kerjasama Haji Kassim Haji Salleh. Percetakan ini memiliki tiga buah mesin cetak yang menggunakan tenaga manusia dan sebuah mesin pemotong kertas. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
KUALA PILAH PRESS | KUALA PILAH PRESS, percetakan Melayu. Kuala Pilah Perss ditubuhkan pada tahun 1934 oleh Abdul Ghani Abdullah. Mulai tahun 1935 hingga tahun 1975, percetakan ini menjalankan kerja mencetak serta menerbitkan buku dengan hanya menggunakan dua buah mesin cetak jenis ‘Platen Handfit’ atau ‘Letter Press’ dan sebuah mesin penjilid. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
BUSTAN ARIFIN | BUSTAN ARIFIN, majalah pertama dalam bahasa Melayu yang diterbitkan di Melaka oleh Anglo Chinese Press pada tahun 1821. Majalah ini telah disunting oleh Claudius Henry Thomsen, seorang mubaligh Kristian berbangsa Denmark dengan bantuan Abdullah Munsyi. Judul majalah ini diterbitkan dalam dua bahasa. | SASTERA | Penerbitan |
UTUSAN ZAMAN | UTUSAN ZAMAN, akhbar bertulisan Jawi yang diterbitkan di Singapura sejak 5 November 1939. Akhbar yang diterbitkan setiap hari Ahad ini dicetak oleh Utusan Melayu Singapore Press Ltd. yang berpejabat di Cecil Street. Bermula dari bulan Mac 1958, Utusan Zaman diterbit dan dicetak di Kuala Lumpur oleh Utusan Melayu Press Ltd. | SASTERA | Penerbitan |
SERI PERAK | SERI PERAK, akhbar mingguan. Akhbar ini muncul pada awal bulan Jun 1893 dan diterbitkan oleh Taiping Press, milik Sayid Abul Hassan Burhan, di Taiping, Perak. Usaha Taiping Press ini merupakan usaha yang pertama oleh mana-mana pihak untuk menerbitkan sebuah akhbar berbahasa Melayu di negeri-negeri Melayu yang bernaung di bawah pemerintahan Biritsh pada masa itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |