Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan risiko terhadap kecederaan dan untuk merawat secara berkesan sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku. Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor, pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan untuk membantu para atlet mempersembahkan prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini juga akan membuat penilaian tentang kaedah melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk dan penggunaan peralatan olahraga dan kemudahan. |