Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat. Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk secara khusus kepada laluan sebarang objek yang pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek lain. Ahli astronomi menamakan salah satu daripada dua objek yang lebih berjisim itu sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah sekunder dan berpusing mengelilingi primernya, bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau planet lain, atau sekunder kepada bulan atau matahari. |