Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pris.ma] | ڤريسما

Definisi : 1. hablur yg mempunyai tiga atau lebih permukaan yg selari dgn paksi hablur dan digunakan dlm peralatan optik spt teropong dan periskop; 2. (Mat) polihedron atau blok geometri yg dibatasi oleh sekurang-kurangnya dua permukaan bersegi atau poligon yg selari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pris.ma] | ڤريسما

Definisi : ist 1 benda padu yg kedua-dua hujungnya mempunyai banyak segi yg serupa dan tepi yg selari. 2 bahan drpd kaca yg biasanya lut sinar, berbentuk tiga segi dan digunakan utk menyerakkan warna putih menjadi spektrum dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prisma


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRISMA

Prisma ialah sebuah bungkah padu yang

mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh

tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini

merupakan poligon yang mempunyai saiz dan

bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya

bersegi dan selari.

UMUM 
KAMERA LUSIDA

Kamera lusida ialah alat melakar yang terdiri

daripada prisma segi empat dan kaca pembesar

yang dilekatkan pada bingkai. Istilah ini bermaksud

kamar terang .

UMUM 
PERISKOP

Periskop ialah alat optik yang membolehkan

seseorang membuat pemerhatian dari satu jarak

atau dari satu sudut. Periskop yang mudah

mengandungi satu tiub panjang dengan cermin

pantul atau prisma di setiap hujungnya. Permukaan

pantul ini selari antara satu sama lain, dan diatur

pada sudut 45 darjah pada paksi tiub berkenaan.

Sesetengah periskop mempunyai kanta untuk

membesarkan imej yang dilihat melalui tiub.

UMUM 

Kembali ke atas