Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prix


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANDRETTI, MARIO

Andretti, Mario (1940– ), menjadi salah

seorang pelumba kereta Amerika yang paling

cekap. Andretti memenangi kejohanan lumba

kereta dunia Grand Prix pada 1978. Dia memenangi

perlumbaan Indianapolis 500 batu (800 kilometer)

pada 1969. Andretti memenangi kejohanan lumba

kereta U.S. Auto Club pada tahun 1965 dan pada

tahun 1966. Pada tahun 1966, dia menduduki

tempat pertama dalam lapan perlumbaan dalam

sirkit kejohanan Amerika Syarikat. Dia memenangi

kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat pada

tahun 1969 dan pada tahun 1983. Andretti lahir

dekat Trieste, Itali. Dia berpindah ke Amerika

Syarikat pada tahun 1955. Michael Andrett, anak

lelakinya, juga menjadi pelumba kereta yang

terkemuka.

UMUM 
STEWART, JACKIE

Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang

pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya.

Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah

memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix

Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu

Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969,

tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara

pada tahun 1968 dan tahun 1972.

UMUM 
ARCHER, FRED

Archer, Fred (1857–1886) ialah salah seorang

daripada joki yang amat berjaya di United

Kingdom. Dia memenangi 2748 perlumbaan.

Kemuncak kejayaannya ialah pada tahun 1885,

apabila dia memenangi perlumbaan Guinea, Oak,

Derby, St. Leger dan Grand Prix de Paris.

UMUM 

Kembali ke atas