SENDAT UDARA | Sendat udara ialah alat yang membolehkan manusia atau bahan, masuk ke dalam atau keluar dari sesuatu struktur yang dikenali sebagai kaison pneumatik. Kaison mengandungi udara mampat. Sendat udara digunakan untuk menggali terowong dalam air atau projek-projek lain yang memerlukan kaison. | UMUM | |
PROJEK MANHATTAN | Projek Manhattan diwujudkan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1942 untuk menghasilkan bom atom yang pertama. Agensi rasmi yang menghasilkan bom tersebut ialah Corps of Engineers’ Manhanttan Engineer District yang diperintah oleh Mejar (kemudiannya Leftenan) Jeneral Leslie R. Groves. Ahli fizik J. Robert Oppenheimer memberikan arahan tentang reka bentuk dan pembinaan bom tersebut. Aktiviti perindustrian dan penyelidikan berlaku di tapak-tapak seperti Los Alamos, New Mexico, Oak Ridge, Tennessee dan Hanford, Washington. | UMUM | |
PROJEK PENGOREKAN LAUT DALAM | Projek Pengorekan Laut Dalam lihat Lautan Atlantik. | UMUM | |
PROJEK MINYAK SYAL RUNDLE | Projek Minyak Syal Rundle merupakan satu rancangan untuk melombong bagi mendapatkan minyak syal yang terletak di pantai timur Queensland, Australia, kira-kira 30 kilometer ke barat laut Gladstone. Mendapan itu mengandungi kira-kira 5000 juta tan metrik minyak syal. Di sebuah kawasan kira-kira 15 kilometer persegi, lima telaga minyak syal telah ditemui pada kedalaman antara 15 hingga 350 meter di bawah permukaan. | UMUM | |
PROJEK 238 | PROJEK 238, novel karya B.H. Amir. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Novel ini tergolong sebagai sebuah novel perisikan yang bersifat futuristik. | SASTERA | Karya |
RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY | Rancangan Pergunungan Snowy ialah projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera Awam Amerika menggelarnya sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan. | UMUM | |
UDA | UDA, agensi berkanun. UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar). Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar. UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971. Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum. Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
RAKAN MUDA | Projek khas untuk golongan muda | SUKAN | Kegiatan |
SKIM MISSISSIPPI | Skim Mississippi ialah satu projek kewangan yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish, memulakan rancangan tersebut dan kemudian menubuhkan organisasi The Mississippi Company. Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika Syarikat, dan di Kanada. | UMUM | |
TERUSAN KAPAL WELLAND | Terusan Kapal Welland ialah salah sebuah projek kejuruteraan Kanada yang terbesar. Ia membentuk bahagian penting bagi Jalan Laut St. Lawrence . Terusan ini menyediakan jalan laut yang boleh dilayari oleh kapal sejauh 44 kilometer antara Tasik Ontario dan Tasik Erie. Satu-satunya hubungan semula jadi antara kedua-dua tasik ini hanyalah melalui Air Terjun Niagara. Tetapi jeram dan curam yang deras menyebabkan sebahagian besar air terjun ini tidak dapat digunakan sebagai laluan air komersial. | UMUM | |