Prolaps injap mitral kadangkala dikenali sebagai MVP, ialah gangguan injap jantung yang lazim berlaku. Injap mitral terletak di antara atrium kiri dan ventrikel kiri jantung. Injap ini mempunyai dua penutup yang mengawal aliran darah. MVP berlaku apabila salah satu atau kedua-dua penutup ini membesar atau mempunyai lebihan tisu. MVP lazimnya tidak berbahaya. Namun, komplikasi yang lebih teruk mungkin berlaku, antaranya darah beku di dalam otak dan suatu jangkitan yang dikenali sebagai infective endocarditis yang melibatkan injap mitral dan injap-injap lain. MVP lebih kerap berlaku pada wanita berbanding lelaki. Lazimnya gangguan ini berlaku disebabkan faktor keturunan. |