Sayap kelima merujuk kepada ejen pengintipan yang beroperasi di kalangan pihak musuh untuk melemahkan perjuangannya. Ejen ini membuka jalan bagi serangan tentera atau politik. Ejen ini bekerja dalam tentera, parti politik, atau industri. Antara aktivitinya termasuk pengintipan, sabotaj, subversif ekonomi, propaganda, penghasutan, penyeludupan, pembunuhan, keganasan dan pemberontakan. Istilah sayap kelima pertama kali digunakan semasa Perang Saudara Sepanyol (1936–1939) untuk memerikan usaha pengikut Francisco Franco, di Loyalist Madrid. Emilio Mola, jeneral Franco, berkata, “Saya mempunyai sayap keempat yang bergerak melawan Madrid, dan sayap kelima akan bangkit dalam kota itu sendiri”. |