PROTON | Proton ialah zarah subatom yang bercas positif. Satu proton membentuk nukleus atom hidrogen biasa. Proton, berserta lain-lain zarah subatom yang dikenali sebagai neutron , membentuk nukleus semua atom lain (liha t Neutr on). Semua atom yang sama unsur kimianya mempunyai bilangan proton yang sama. Bilangan proton dalam atom dikenali sebagai nombor atom unsur. | UMUM | |
NEUTRON | Neutron ialah zarah subatom. Neutron, bersama dengan zarah subatom lain yang dikenali sebagai proton, membentuk nukleus atom, kecuali atom hidrogen biasa, yang mempunyai nukleusnya terdiri daripada satu proton (lihat Proton ). Neutron dan proton membentuk 99.9 peratus jisim atom. Gumpalan elektron di sekeliling nukleus membentuk jisim yang selebihnya (lihat Elektron ). Di dalam nukleus, neutron dan proton bercantum bersama dengan daya yang dikenali sebagai saling tindakan kuat atau daya nukleus kuat . | UMUM | |
ANTIPROTON | Antiproton ialah pasangan proton yang mempunyai cas yang bertentangan. Ahli fizik percaya bahawa semua zarah atom mempunyai antizarah demikian. Antizarah proton yang bercas positif mempunyai cas negatif. Ia mempunyai jisim yang sama dengan proton. Apabila antiproton dan proton berlanggar, ia boleh memusnahkan satu sama lain, sambil membebaskan tenaga. Antiproton ditemui pada tahun 1955. Lihat juga Proton. | UMUM | |
PERUSAHAAN OTOMOBIL NASIONAL(PROTON) | Institusi perusahaan kenderaan | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Institusi/Organisasi |
SINKROTRON | Sinkrotron ialah alat yang memecut elektron dan proton kepada tenaga tinggi. Ia adalah sejenis pemecut zarah yang menyebabkan zarah bergerak dalam orbit bulat (lihat Pemecut zarah). Ahli fizik menggunakan sinkrotron untuk mengkaji struktur dan daya nukleus atom. | UMUM | |
SINKRO-SIKLOTRON | Sinkro-siklotron ialah alat yang memecut proton atau zarah nukleus yang lebih berat kepada tenaga tinggi. Ahli fizik menggunakan pemecut zarah jenis ini, terutamanya untuk mengkaji nukleus atom. | UMUM | |
ARUS ELEKTRIK | Arus elektrik ialah pergerakan atau aliran cas elektrik. Cas boleh jadi positif atau negatif. Proton yang menjadi sebahagian daripada nukleus setiap atom mempunyai cas elektrik positif. Elektron yang mengelilingi nukleus mempunyai cas negatif. Arus elektrik boleh terdiri daripada cas positif, negatif atau kedua-duanya. | UMUM | |
KUARK | Kuark ialah zarah yang dipercayai oleh ahli fizik sebagai subunit asas bagi neutron dan proton. | UMUM | |
MESON | Meson ialah zarah subatom. Meson membentuk satu daripada kelas famili zarah yang dikenali sebagai hadron. Kelas-kelas yang lain terdiri daripada barion, yang termasuk proton, neutron dan hiperon. Semua hadron bertindak atas satu sama lain melalui daya yang dikenali sebagai saling tindak yang kuat, atau daya nukleus yang kuat. Daya ini mencantumkan nukleus atom. | UMUM | |
ZARAH BETA | Zarah beta ialah elektron yang dibebaskan oleh nukleus atom radioaktif apabila terjadi transformasi nuklear. Kebanyakan zarah beta bercas negatif dan terbentuk apabila neutron bertukar kepada proton. | UMUM | |