Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.to.plas.ma] | ڤروتوڤلسما

Definisi : (Bio) bahan hening (yg terdiri drpd air, protein, karbohidrat, garam tak organik, dll) yg kental, yg terdapat dlm segala sel haiwan dan tumbuhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.to.plas.ma] | ڤروتوڤلسما

Definisi : ist zat yg menyerupai putih telur yg hidup dlm sel haiwan atau dlm sel tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata protoplasma


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PROTOPLASMA

Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan

hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan

oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak

spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi

Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya

pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu

bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel

yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli.

Purkinje menamakan bahan ini protoplasma

daripada perkataan Yunani yang bermakna mula-

mula terbentuk atau teracu – untuk menunjukkan

bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada

hidupan.

UMUM 
SOTOPLASMA

Sotoplasma lihat Protoplasma; Sel (Di dalam sel

hidup).

UMUM 

Kembali ke atas