Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[psi.ko.lo.gi]/[si.ko.lo.gi] | ڤسيکولوݢي

Definisi : 1. kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dgn per­lakuan manusia dan haiwan; 2. pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kum­pulan tertentu; 3. bp kebijaksanaan mema­hami sifat manusia; berpsikologi menggunakan psikologi: bagaimana dia harus ~ melayani anak-anak yg masih kecil? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[psi.ko.lo.gi]/[si.ko.lo.gi] | ڤسيکولوݢي

Definisi : ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata psikologi

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi pendidikan ialah bidang psikologi

yang menggunakan pengetahuan dan kaedah

psikologi untuk mengkaji proses pengajaran dan

pembelajaran. Psikologi pendidikan

menggabungkan psikologi dan pendidikan dengan

menggunakan pengkajian saintifik ke atas tabiat

manusia untuk mencapai matlamat pendidikan.

Pengkajian tersebut mendedahkan bahawa guru

perlu membantu pelajar untuk belajar.

UMUM 
PSIKOLOGI PERINDUSTRIAN

Psikologi perindustrian berkaitan dengan

orang ramai di tempat kerja. Ia dikenali juga

sebagai psikologi personel . Bidang yang berkait

rapat dengannya ialah psikologi organisasi . Secara

tradisinya, ahli psikologi perindustrian telah

membuat penilaian terhadap perbezaan antara

pekerja dan telah mengukur mutu kerja

perseorangan. Ahli psikologi organisasi cuba

memahami bagaimana fungsi bekerja dalam

sesebuah organisasi dan bagaimana pula fungsi

organisasi dalam sesebuah masyarakat.

UMUM 
PSIKOLOGI KLINIKAL

Psikologi klinikal ialah kajian saintifik,

diagnosis dan rawatan terhadap orang yang

mengalami masalah psikologi untuk menyesuaikan

dirinya sendiri dengan keadaan persekitarannya.

Ahli psikologi klinikal menangani tingkah laku

normal dan abnormal. Mereka menjalankan dan

mentafsir ujian psikologi, dan membantu dalam

diagnosis serta rawatan bagi gangguan mental.

Mereka juga mengkaji struktur dan perkembangan

personaliti.

UMUM 
PSIKOLOGI SOSIAL

Psikologi sosial ialah kajian terhadap aspek

psikologi yang menjadi asas hubungan antara

manusia. Ahli psikologi sosial menyiasat proses

komunikasi, kerjasama, persaingan, membuat

keputusan, kepimpinan, dan perubahan sikap.

UMUM 
PSIKOLOGI GESTALT

Psikologi Gestalt merupakan satu aliran

psikologi yang menekankan kajian tentang

pengalaman sebagai suatu kesatuan yang

menyeluruh. Ahli psikologi Gestalt percaya bahawa

pola , atau bentuk merupakan bahagian pengalaman

yang paling mustahak. Menurut mereka,

keseluruhan pola memberi makna kepada setiap

unsur pengalaman. Dengan kata lain, keseluruhan

pola adalah lebih penting daripada jumlah

bahagian-bahagiannya . Gestalt berasal daripada

bahasa Jerman yang bermaksud pola, bentuk atau

susuk .

UMUM 
THURSTONE, LOUIS LEON

Thurstone, Louis Leon (1877–1955), ahli

psikologi Amerika, memainkan peranan utama

dalam perkembangan ujian psikologi. Satu

daripada kejayaannya yang penting ialah

penciptaan kaedah statistik yang membolehkan

pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang

seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan

menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian

kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa

kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan

yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan

mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh

ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University

of Chicago pada tahun 1917.

UMUM 
PSIKOLOGI

Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses

mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati

dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan

saling berhubungan antara satu dengan lain, dan

dengan persekitarannya. Mereka mencari pola

yang akan menolongnya memahami dan

meramalkan tingkah laku, dan mereka

menggunakan kaedah saintifik untuk menguji

ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah

mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat

menolong manusia memenuhi potensi sebagai

manusia, dan meningkatkan pemahaman antara

individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan.

UMUM 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

Psikologi perkembangan adalah kajian

tentang perubahan tingkah laku semasa hayat.

Ramai ahli psikologi perkembangan mengkaji

sebahagian daripada tempoh hayat. Kebanyakan

berminat mengkaji zaman kanak-kanak dan remaja,

iaitu tempoh hayat seseorang antara kelahiran dan

umur awal 20-an.

UMUM 
PSIKOLOGI TAK NORMAL

Psikologi tak normal ialah bidang kajian

saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan

psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan,

pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia.

Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi.

UMUM 
PSIKOLOGI PERBANDINGAN

Psikologi perbandingan ialah kajian

perbezaan dan persamaan dalam kelakuan haiwan

yang berbeza spesiesnya. Ahli psikologi

perbandingan mungkin menganalisis satu aktiviti

sebagaimana ia berlaku pada banyak spesies.

Misalnya, mereka mungkin meneliti pembesaran

anak burung, paus, harimau dan haiwan lain.

Mereka juga mungkin mengkaji pola lengkap

kelakuan dua atau lebih spesies yang berkaitan.

Misalnya, mereka mungkin membandingkan cara

pemberian makanan, pengawanan dan aktiviti lain

antara dua rodensia.

UMUM 
123456

Kembali ke atas