Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun
sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam
peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas
hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari
rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan
hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun
1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari
1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga
dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang
ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian
Portsmouth ditandatangani.
Draco ialah penggubal undang-undang Yunani
yang memperkenalkan kod undang-undang
bertulis pertama di Athens purba pada tahun
621 SM. Kod ini direka untuk mengurangkan
rasa tidak puas hati yang disebabkan oleh
ketidakadilan sistem pengadilan Athens
SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati. Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu. Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau. Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau. Dasar santau adalah sebenarnya racun. Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan. Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.
PERANG PAHANG, kebangkitan orang Pahang menentang penjajahan British. Perang ini berlaku pada tahun 1891 akibat rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap campur tangan British dalam pentadbiran Pahang.
PANGERAN MANGKUBUMI ( ? -? ), Sultan Yogyakarta yang pertama dengan gelaran Sultan Hamengku Buwono I. Dia adalah putera Susuhunan Amangkurat IV, Raja Mataram yang terakhir. Pangeran Mangkubumi adalah salah seorang pembesar Jawa. Dia terkenal dalam pemerintahan di Jawa kerana terlibat dalam pemberontakan menentang penjajahan Belanda dan juga dia tidak puas hati dengan calon-calon pengganti pemerintah Jawa yang memberi kepentingan kepada pihak Belanda.
Thanks for clicking. That felt good.