Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puing] | ڤوءيڠ

Definisi : runtuhan rumah dll: rumahnya sudah menjadi ~; abu ~ abu drpd runtuhan; batu ~ batu drpd runtuhan rumah; timbunan ~ tim­bunan runtuhan; memuingkan menjadikan puing, menghan­curkan rumah (bangunan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puing] | ڤوءيڠ

Definisi : runtuhan rumah dsb: Seluruh bangunan menjadi ~ oleh pengeboman tentera Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puing


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PHAISTOS

Phaistos ialah tapak arkeologi di Pulau Crete,

Laut Mediterranean. Ia mengandungi puing-puing

istana purba. Istana di Phaistos ini telah dibina oleh

kaum Minoan, yang telah membina Istana Minos di

Knossos . Lihat Knossos; Tamadun Aegean.

UMUM 
ARKEOLOGI

Arkeologi ialah kajian saintifik tentang tinggalan

budaya manusia pada zaman lampau. Ahli

arkeologi menyelidik kehidupan manusia awal

dengan mengkaji objek yang mereka tinggalkan.

Objek ini termasuk bangunan, kerja seni, perkakas,

tulang-belulang dan barang tembikar. Ahli

arkeologi mungkin membuat penemuan yang

menarik, seperti makam yang berisi emas atau

runtuhan puing-puing kuil yang indah di tengah-

tengah hutan.

UMUM 
ANTIGUA

Antigua (pend. 15 801), yang dahulunya Antigua

Guatemala, ialah ibu negara Guatemala pada

zaman penjajahan. Ia diasaskan pada tahun 1543.

Bandar ini terletak di barat Guatemala City, ibu

negara Guatemala kini (lihat Guatemala [peta]).

Pada tahun 1773, gempa bumi telah memusnahkan

Antigua. Ibu negaranya dipindahkan ke tempatnya

kini pada tahun 1776. Puing-puing akibat gempa

bumi ini menjadi tarikan ramai pelancong.

UMUM 
EPIDAURUS

Epidaurus ialah tapak beberapa puing binaan

Yunani purba, termasuk sebuah teater terbuka

yang masyhur. Teater ini dibina kira-kira pada

tahun 200-an SM, dan antara teater Yunani

purba yang paling baik terpelihara.

UMUM 
SUSA

Susa, juga dinamakan Shush pada suatu masa

dahulu merupakan ibu kota kerajaan purba Elam

dalam Empayar Parsi. Sebahagian puing bandar

ini terletak di provinsi Khuzistan, di barat daya

Iran.

UMUM 
KESOTAN

Kesotan, pergerakan puing atau kumin tanih secara perlahan-lahan melalui cerun akibat tindakan graviti.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
OAXACA

Oaxaca, rasminya Oaxaca de Juárez (pend. 157 284)

ialah ibu negeri Oaxaca, iaitu negeri di selatan

Mexico. Ia terletak di kawasan yang banyak

terdapat perlombongan, perladangan, dan hutan

[lihat Mexico (peta politik)]. Oaxaca menjadi

terkenal kerana kraftangannya. Puing dua buah

bandar purba Orang Asli Amerika, Mitla dan

Monte Albán, terletak berhampiran dengan

Oaxaca. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa

orang Aztec yang menemui Oaxaca pada tahun

1486. Namun, Orang Asli Zapotec dan Mixtec telah

menetap di kawasan itu sejak zaman awal Kristian

lagi. Penduduk Oaxaca kolonial menghasilkan seni

bina yang menarik.

UMUM 
BRAMANTE, DONATO

Bramante, Donato (1444–1514) ialah arkitek

dan pelukis Zaman Renaissance Itali. Bangunan

Bramante, yang dikenali sebagai Tempietto (1502),

di Gereja San Pietro di Montoria menandakan

tempat St. Peter disalib di Rom, mengikut ceritanya.

Bramante mereka bentuk bangunan ini menyerupai

kuil Rom yang kecil bulat. Dia juga membuat reka

bentuk asal untuk Gereja St. Peter di Rom, dan

mereka bentuk Belvedere Courtyard (1505–1513) di

Vatican.

Bramante lahir dekat Urbino, Itali. Minat awalnya

adalah seni lukis dan matematik. Dia menerima

latihan seni bina daripada Luciano Lauran, ketua

arkitek Urbino. Selepas tinggal di Milan untuk

beberapa lama, Bramante menetap di Rom pada

tahun 1499. Di sana dia mengkaji puing Rom

purba. Oleh sebab pengetahuannya yang meluas

tentang seni bina purba, dia diambil bekerja

sebagai arkitek oleh Paus Alexander VI dan Julius

II. Bramante terkenal kerana mengembalikan

kepopularan dua bahan binaan Rom purba, iaitu

konkrit dan stucco.

Lihat juga Gereja Saint Peter (Sejarah).

UMUM 

Kembali ke atas