Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puisinya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THUMBOO, EDWIN

Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik,

dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor

bahasa Inggeris di National University of

Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana

puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die

(1977) menerima anugerah puisi Singapore

National Book Development Council pada tahun

1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan

Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada

tahun 1987, dia menerima Association of Southeast

Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian

terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang

telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree

(1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue

(1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the

Merlion (1979).

Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia

mendapat pendidikannya di Victoria School dan

University of Malaya di Singapura.

UMUM 
BYRON, LORD

Byron, Lord (1788–1824) ialah penyair romantik

Inggeris yang paling cemerlang. Ramai orang

mendapati hidupnya yang penuh cabaran sebagai

sama menarik dengan puisinya. Byron mengarang

puisinya di Eropah dan di Timur Tengah, dan

puisinya mencerminkan pengalaman dan

kepercayaannya. Puisinya kadang-kadang kasar,

kadang-kadang lembut, dan selalunya eksotik.

UMUM 
MOORE, MARIANNE

Moore, Marianne (1887–1972), setaraf dengan

Emily Dickinson di kalangan penyair wanita

terbaik Amerika. Walaupun sesetengah puisinya

sukar untuk difahami, Moore menggarap puisinya

dengan baik sekali. Dia sering menggunakan

bentuk puisi di mana bilangan dan susunan suku

kata adalah elemen kawalan dan bukan mengikut

pola irama atau rima bercorak konvensional.

UMUM 
SPENDER, SIR STEPHEN

Spender, Sir Stephen (1909–1995) ialah pemuisi

British. Puisi-puisinya yang terkenal menggabungkan

unsur romantik tradisional dengan subjek serta sikap

yang benar-benar moden. Dengan itu, dalam sebuah

kereta api ekspres pun dia mendapati kewujudan

jenis keindahan yang penyair romantik awal temui

pada air terjun dan matahari terbenam.

UMUM 
MILLAY, EDNA ST. VINCENT

Millay, Edna St. Vincent (1892–1950) ialah

penyair Amerika. Kebanyakan puisinya bertema

romantik. Dia menulis tentang cinta dan kematian,

tentang diri dan alam sejagat, dan tentang perasaan

anak muda yang memberontak. Dalam

menghasilkan puisi ini, dia menggabungkan sikap

sentimental dengan jenaka pintar dan kecanggihan.

UMUM 
OWEN, GORONWY

Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan

paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya

yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda).

Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam

bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang

paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y

Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn

Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di

Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki

Oxford University dan berkhidmat sebagai

pembantu paderi dan guru besar di Shropshire

dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di

Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760

sehingga kematiannya.

UMUM 
PRÉVERT, JACQUES

Prévert, Jacques (1900–1977), berkemungkinan

penyair Perancis yang paling terkenal pada

pertengahan tahun 1900-an. Puisinya, Paroles ( kata-

kata yang diucapkan ), menjadi laris dengan serta

merta apabila disiarkan pada tahun 1946.

UMUM 
POPE, ALEXANDER

Pope, Alexander (1688–1744) ialah penyair

Inggeris yang terulung pada awal tahun 1700-an.

Satira puisinya yang dianggap sangat indah

mencemuh pelbagai bentuk kebodohan manusia.

Karyanya yang lucu tetapi penuh sindiran

menjadikannya penulis yang paling digeruni di

England pada zamannya.

UMUM 
BUTLER, SAMUEL

Butler, Samuel (1613–1680) ialah penyair Inggeris

dan penulis satira. Dia paling terkenal kerana

puisinya yang panjang, Hudibras (bahagian 1,

1663; bahagian II,1664; bahagian III, 1678).

UMUM 
SWINBURNE, ALGERNON CHARLES

Swinburne, Algernon Charles (1837–1909)

ialah penyair Inggeris yang penting. Dia

mengejutkan England pada Zaman Victoria dengan

kesukaannya berfoya-foya dan keyakinan agama

dan politiknya yang tidak ortodoks. Puisi-puisinya

yang penuh keghairahan memeranjatkan banyak

pembaca. Kini kehidupan dan puisi Swinburne

tidak lagi begitu luar biasa dan memeranjatkan

seperti sebelum itu. Walau bagaimanapun,

kemahiran teknikal puisinya yang luar biasa masih

mengekalkan kehebatannya dengan mengejutkan.

UMUM 
1234

Kembali ke atas