Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pui.tis] | ڤويتيس

Definisi : bersifat puisi: nama yg ~; pilihan kata dan pengucapan yg ~; kepuitisan keadaan puitis: ~ bahasanya dapat dilihat melalui banyaknya pilihan kata yg mempunyai pertalian bunyi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puitis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AGEE, JAMES

Agee, James (1909–1955), penulis Amerika. Zaman

kanak-kanaknya di Tennessee menjadi latar

 belakang novel pendeknya The Morning Watch

(1951). A Death in the Family ialah novel puitis

 berdasarkan zaman kanak-kanaknya di Knoxville,

tempat lahirnya. Karya tersebut diterbitkan pada

tahun 1957. Ia memenangi Hadiah Pulitzer bagi

fiksyen. Tad Mosel mengadaptasi novel tersebut

menjadi skrip drama, All the Way Home (1960), yang

kemudian memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun

1961 bagi drama.

UMUM 
PARRISH, MAXFIELD

Parrish, Maxfield (1870–1966) merupakan

pelukis dan pengilustrasi Amerika, yang telah

menggambarkan dunia dengan penuh warna-

warni dan khayalan yang puitis.

UMUM 
MUSSET, ALFRED DE

Musset, Alfred de (1810–1857) ialah dramatis dan

pemuisi Perancis. Kebanyakan dramanya ditulis

untuk dibaca dan bukan untuk dipersembahkan di

pentas. Musset paling dikenal kerana siri komedinya

yang bersopan santun. Karya-karyanya secara

kolektif dikenal sebagai Comédies et Proverbes.

Melalui gaya puitis dan lucu dia menggambarkan

fahamannya yang mendalam tentang tingkah laku

manusia. Dramanya memperkatakan penderitaan

cinta dan konflik yang abadi antara kesucian dengan

sindiran tajam. Karya Musset, Lorenzaccio (1834),

merupakan drama sejarah yang latarnya di Florence,

Itali. Ia dipentaskan buat pertama kali pada tahun

1896.

UMUM 

Kembali ke atas