Oda ialah syair yang sederhana panjangnya yang biasanya melahirkan puji-pujian yang amat tinggi. Dramatis Yunani menghasilkan nyanyian oda yang mempunyai tiga bahagian. Dua bahagian, iaitu strophe dan antistrope , mempunyai pola irama yang sama panjang. Bahagian ketiga, dinamakan epode , mempunyai pola iramanya yang berbeza. Pindar, dari Yunani purba mencipta oda yang memuji wira olahraga. Dia menggunakan bentuk strophe , yang kemudiannya dikenali sebagai Pindarik (lihat Pindar ). Horace, dari Rom purba, menulis oda yang terdiri daripada stanza yang sama, yang dinamakan bentuk berangkap. |