MERPATI PULANG | Merpati pulang ialah merpati baka khas yang dihasilkan untuk perlumbaan dan membawa utusan. Merpati ini boleh dilatih untuk pulang ke sarangnya apabila ia dilepaskan dari tempat jauh. Keupayaannya untuk pulang telah dipertingkatkan bagi melalui pembiakan baka yang terpilih. | UMUM | |
DEPORTASI | Deportasi ialah tindakan sesebuah kerajaan yang memaksa penduduk asing untuk meninggalkan negara tersebut dan pulang ke tempat kelahiran atau tempat kediaman asal mereka. | UMUM | |
ARTIGAS, JOSÉ GERVASIO | Artigas, José Gervasio (1764–1850) ialah pahlawan kebangsaan Uruguay. Dia menyertai patriot Argentina pada tahun 1810 dalam pemberontakan menentang Sepanyol. Dia pulang ke Uruguay, dan mengerahkan tentera untuk memerangi Sepanyol. Untuk seketika waktu pada tahun 1815, dia menjadi pelindung atau pemerintah sebahagian besar Uruguay dan beberapa provinsi di Argentina. Tetapi tentera menawan Portugis Montevideo pada tahun 1817, dan Artigas akhirnya lari ke Paraguay pada tahun 1820. Dia lahir di Montevideo. Lihat Uruguay (Kemerdekaan). | UMUM | |
RAJA UNGU | RAJA UNGU ( ? -1635), Raja Perempuan Patani yang ketiga (1624-1635). Baginda ialah adik kepada Raja Biru (1616-1624), dan bekas Permaisuri Pahang. Baginda pulang ke Patani pada tahun 1614 selepas menetap di Pahang selama 30 tahun iaitu setelah kemangkatan suaminya, Sultan Abdul Ghafur ibni Sultan Abdul Kadir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MERPATI PEMBAWA UTUSAN | Merpati pembawa utusan ialah burung yang asalnya dibiakkan bakanya daripada merpati yang digunakan untuk membawa utusan dari satu tempat ke tempat lain. Walau bagaimanapun, bertahun-tahun lamanya merpati ini telah kehilangan naluri pulang ke sarangnya. Kini ia dipelihara sebagai burung pertunjukan. Merpati pembawa utusan ini berwarna biru, hitam, putih, perang kekelabuan, atau kuning. Ia lebih besar daripada merpatimerpati lain, dan ia tegak. Burung ini mempunyai sayap dan kaki yang kuat. Ia mempunyai ketumbuhan yang besar, berisi di sekeliling matanya yang besar,dan berwarna kuning pada paruhnya. Ketumbuhan ini mungkin meliputi hidung merpati tua. | UMUM | |
ORANG HELVETIA | Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun 58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M., kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland. Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang penduduk di barat Switzerland yang berbahasa Perancis merujuk kawasan mereka sebagai Helvetia. | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu keluar; mungkin agak lama.” Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
SAWDAH BINT ZAM'AH | Sawdah bint Zam’ah ( ? –55 H. / ? –675 M.) ialah salah seorang daripada isteri Rasulullah s.a.w. Sawdah bint Zam‘ah berasal dari kalangan bangsawan Quraisy ‘Amiriyyah. Dia pernah berhijrah ke Habsyah bersama-sama bekas suaminya al-Sakran ibn ‘Amru yang juga seorang Muslim yang bersaudara dengan Suhayl ibn ‘Amru. Kemudian mereka pulang ke Makkah dan setibanya di sana, suaminya meninggal dunia. Baginda mengahwininya tiga tahun sebelum Hijrah, iaitu selepas kematian Khadijah bint Khuwaylid. Sebenarnya, Khawlah bint Hakim, iaitu isteri Uthman ibn Maz’un yang mencadangkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. dan meminang Sawdah bagi pihak nabi. Baginda Rasulullah s.a.w. pernah berhasrat untuk menceraikannya bahkan menurut sesetengah riwayat lain, Baginda telah menceraikannya, tetapi dia memohon agar dirujuk kembali kerana ingin dibangkitkan di akhirat kelak bersama-sama para isteri Baginda yang lain. Menurut riwayat lain, dia adalah wanita yang menjadi sebab turunnya ayat yang memerintahkan kaum wanita Islam memakai hijab. Dia meninggal dunia di Madinah. Lihat juga Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. | UMUM | |
SUNGAI GANGES | Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di India dan salah satu sungai yang terpanjang di dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang airnya. Kuil dan ghat (anak tangga) yang menuju ke sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa. Mereka yang sakit dan cacat datang dengan harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu, sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu, bahasa utama orang India, ialah Ganga. | UMUM | |
HUSSAIN CHE' DOL | HUSSAIN CHE’ DOL (1904-1967), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1904 di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah. Dia menerima pendidikan agama di pondok ayahnya dan di Pondok Tuan Guru Haji Abdullah Chauk, Patani sebelum belajar di Makkah, tetapi terpaksa pulang ke tanah air kerana masalah kesihatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |