Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.la.san] | ڤولاسن

Definisi : sj tumbuhan (pokok spt pokok ram­butan), arang para, gerat, merat, mutan reba, rambutan kafri, Nephelium mutabile; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok tinggi yg buahnya manis), buah nangka pipit, kelempayan, mempayan, mengkal, tumbung dayung, Nauclea maingayi; b) sj tumbuhan (pokok), bengkel, empayan, kelampi, kelempayan, mempayan, mengkal, timbung dayung, Anthocephalus cadamba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la.san] | ڤولاسن

Definisi : 1. yg sudah dipulas (diwarnai); 2. = berpulasan ki nampaknya saja baik, tidak asli (tulen), palsu; 3. ark tayar yg dipulas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.la.san] | ڤولاسن

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (pokoknya spt pokok rambutan), Nephelium mutabile. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulasan

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Anak gembala bertarik tali;
Adik jauh kami berpesan,
     Jangan lama tidak ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas