SVALBARD | Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen. Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan Artik [peta]; Norway [peta]). | UMUM | |
MADAGASCAR | Madagascar ialah negara Afrika yang berupa sebuah pulau besar dan banyak pulau-pulau kecil yang berdekatan. Negara ini terletak di Lautan Hindi, sekitar 385 kilometer di tenggara tanah besar Afrika. Pulau yang terbesar yang dikenali Madagascar merupakan pulau yang keempat terbesar di dunia selepas Greenland, New Guinea dan Borneo. Antananarivo ialah ibu negara dan juga bandar terbesarnya. | UMUM | |
AZORES | Azores ialah sekumpulan sembilan buah pulau yang menjadi kepunyaan Portugal. Ia terletak di Lautan Atlantik Utara, lebih kurang 1300 kilometer di barat Portugal. Pulau-pulau ini berada dalam jalan udara dan kabel yang menghubungkan Eropah dan Amerika. Pulau-pulau ini meliputi 2344 kilometer persegi dan panjang garis pantainya ialah 515 kilometer. Kira-kira 249 500 orang tinggal di kepulauan Azores. Orang keturunan Azores, lebih ramai tinggal di Amerika daripada Azores. Bandar utama bagi Azores ini ialah Ponta Delgada, di Pulau Saõ Miguel. | UMUM | |
PULAU MANUS | Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam kelompok Admiralti Papua New Guinea. Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan di bahagian hujung timur yang boleh digunakan untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000 penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan yang mahir dan berdagang dengan penduduk yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi, nanas, pisang, dan sagu. | UMUM | |
PULAU WAKE | Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake, Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 300 orang. Dengan batu karang yang melengkung, pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo. Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh- tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok- pokok renek dan belukar. | UMUM | |
NUSANTARA | Nusantara ialah nama bagi pulau-pulau yang membentuk Indonesia. Nusa ialah perkataan Jawa bagi “pulau”. Perkataan Antara terdapat dalam bahasa India purba iaitu Sanskrit, bahasa Jawa, bahasa Indonesia, dan bahasa Melayu. | UMUM | |
TONGA | Gugusan pulau-pulau di Lautan pasifik Selatan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SAMOA | Samoa ialah gugusan pulau di Lautan Pasifik Selatan. Gugusan pulau-pulau ini dahulunya dinamakan Navigators Islands kerana pembuatan kanu yang baik oleh orang Samoa. Samoa meliputi kawasan seluas 3039 kilometer persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang 193 000 orang. Hampir kesemua penduduknya adalah orang Polinesia. | UMUM | |
ANTIGUA DAN BARBUDA | Antigua dan Barbuda ialah negara pulau yang merdeka di Laut Caribbean. Ia terdiri daripada pulau-pulau Antigua, Barbuda, dan Redonda. Kumpulan pulau ini terletak di Antilles Kecil di Hindia Barat. Ia terletak kira-kira 48 kilometer di utara Guadeloupe, 400 kilometer di tenggara Puerto Rico, dan 700 kilometer di utara Venezeula . Ibu negara Antigua ialah St. Johns dan ibu negara Barbuda ialah Codrington. Redonda ialah pulau yang berbatu-batu dan tidak didiami penduduk. Antigua and Barbuda ialah tempat lahir beberapa orang pemain kriket berbakat, terutamanya bekas kapten pasukan – Hindia Barat dan pemukul bola yang terkenal, Viv Richards (lihat Richards, Viv ). | UMUM | |
TELUK ISLANDS | Teluk Islands , terletak di pantai timur bahagian hujung sebelah utara Pulau Utara di New Zealand. Terdapat 149 pulau kecil di dalam teluk ini. Malah pulau yang terbesar antara pulau-pulau ini luasnya hanyalah 223 hektar. Kebanyakan pulau di sini merupakan milik persendirian. Yang lain merupakan kawasan simpanan Maori. Empat bandar utama ialah pelabuhan Opua, bandar lama Russell, bandar Paihia, dan pusat tanaman buah-buahan di Kerikeri. | UMUM | |