Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1. bahagian yg tertinggi (bukit, gunung, menara, pokok, dll): ~ Titiwangsa yg diliputi awan; bendera negara kita sudah berkibar di ~ tiang; 2. (Mat) titik sudut segi yg berhadapan dgn garis dasar, titik tempat perte­muan dua (atau lebih) garis, hujung sudut: sebuah sudut yg ~nya pd pusat O bulatan; ~ sudut titik tempat pertemuan dua garis atau lengan sudut; 3. ki paras dsb yg teratas, paras dsb yg tertinggi: apabila matahari sampai ke ~nya pasar itu sunyi senyap; semua orang ingin sampai ke ~ hidup; harga barang-barang membumbung tinggi dan dirasakan tidak lama lagi akan sampai di ~nya; ~ gigi Id bahagian gigi yg di sebelah atas; ~ kejayaan kejayaan yg tertinggi; ~ paru Id hujung paru­-paru; memuncak 1. menuju ke puncak, membum­bung tinggi-tinggi, meningkat ke paras dsb yg tinggi atau makin tinggi, tinggi-tinggi: api yg sedang marak dan ~ sekali; 2. menjadi sangat (genting, tegang, dll), meluap-luap (semangat dll), melambung (harga): kemarahannya kian ~; kegiatan pejuang-pejuang BK yg ~ dr hari ke hari; harga barang-barang di kedainya ~ naik; memuncakkan menjadikan (menyebabkan) memuncak: usaha utk ~ krisis hendaklah diperlahankan; pemuncakan proses (perbuatan) yg menye­babkan sesuatu memuncak: kebanyakannya disebabkan ~ daya khayal; pemuncak 1. puncak; 2. Mn orang yg ter­tinggi pangkatnya; 3. johan, juara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pun.ca/] | ڤونچق

Definisi : 1 bahagian yg tertinggi pd sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yg tertinggi (harga, jawatan dll): Dlm masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puncak (kata nama)
Bersinonim dengan kemuncak, mercu, hujung, yang tertinggi, yang teratas, rabung;,
Kata Terbitan : memuncak,

Puisi
 

Nyiur gading puncak mahligai,
     Ketupat manis berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Sudah dapat baru berhenti.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti kuang (= kuar) memekik di puncak gunung.

Bermaksud :

Orang yang sedang bercinta dengan kekasihnya, perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUNCAK MENARA

Puncak menara , istilah seni bina yang

digunakan untuk menggambarkan struktur tirus

yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan

puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia

mungkin berbentuk seperti piramid yang

memanjang, berbentuk kon atau oktagon.

Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada

batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau

sabak.

UMUM 
ANNAPURNA I

Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078

meter dan merupakan gunung yang kesebelas

tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di

pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di

bahagian tengah Nepal dan membentuk

sebahagian daripada kumpulan gunung

Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak

gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian,

kerana mereka percaya puncak ini mengawasi

ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang

terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu

ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice

Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum

Puncak Everest didaki pada tahun 1953,

Annapurna adalah puncak yang paling tinggi

pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar

rajah).

UMUM 
BEBAN PUNCAK GASParas permintaan gas tertinggi bagi suatu sistem pengagihan gas.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
TANJUNG TINGGI WILSON

Tanjung Tinggi Wilson ialah bahagian tanah

besar Australia yang paling selatan. Ia terletak di

bahagian selatan pantai Victoria. Untuk lokasi, lihat

Victoria (peta politik). Tanjung Tinggi Wilson ialah

sebahagian daripada semenanjung yang bergunung-ganang

yang mempunyai beberapa puncak yang

ketinggiannya melebihi 305 meter dari aras laut.

Puncak-puncak ini termasuk Gunung Latrobe,

Gunung Wilson, Gunung Oberon, Gunung Leonard,

Gunung Boulder, Gunung Norgate, dan Gunung

Hunter.

UMUM 
TASIK TAUPO

Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah

Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di

New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat

yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer.

Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di

New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar

Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak

berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah

selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak

gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan

Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di

banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan

selatan tasik ini.

UMUM 
SLIEVE DONARD

Slieve Donard ialah puncak tertinggi di

Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara.

Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada

hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat,

Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man

di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve

Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama

seorang santo pada tahun 400 M.

UMUM 
SNOWDON

Snowdon ialah gunung di Gwynedd, Wales.

Gunung ini mempunyai lima puncak, iaitu Yr

Wyddfa, Crib-y-Ddysgul, Crib Goch, Lliwedd dan

Yr Aran. Yr Wyddfa, dengan ketinggian 1085 meter

di atas aras laut, merupakan puncak tertinggi di

Wales dan England. Snowdon dikelilingi oleh

taman negara seluas 2190 kilometer persegi yang

dinamakan Snowdonia.

UMUM 
MENDAKI GUNUNG

Mendaki gunung ialah sukan pendakian

sesebuah gunung untuk sampai ke puncaknya.

Pendakian gunung sebagai satu sukan bermula di

Eropah apabila orang mula mendaki puncak

gunung hanya untuk cabaran dan pengembaraan.

Kebanyakan gunung-gunung utama, kecuali yang

terletak di kawasan yang sangat terpencil di

dunia, sudah didaki. Puncak yang paling tinggi di

Amerika Utara yang terletak di Gunung McKinley,

mula didaki pada tahun 1913. Pada tahun 1953, Sir

Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing

Norgay dari Nepal menjadi orang pertama sampai

ke puncak Gunung Everest di Asia, iaitu gunung

yang tertinggi di dunia. Lihat Gunung Everest;

Gunung McKinley.

UMUM 
SUNGAI YALU

Sungai Yalu berpunca dari puncak yang paling

tinggi di Changbai Shan, atau Pergunungan Long

White di Manchuria. Sungai itu membentuk

sebahagian besar sempadan antara Korea Utara

dengan Manchuria dan mengalir sepanjang 800

kilometer ke Laut Kuning. Sungai ini menjadi

penting semasa Perang Korea (1950–1953). Komunis

China menyeberangi Sungai Yalu pada

pertengahan bulan Oktober 1950 bagi membantu

Korea Utara dalam perang tersebut.

UMUM 
MATTERHORN

Matterhorn ialah puncak gunung yang terkenal

di Pennine Alps.

UMUM 
123456

Kembali ke atas