TAY | Tay ialah sungai yang terpanjang di Scotland yang mengalir sejauh 190 kilometer dari puncanya ke Laut Utara. Sungai ini berpunca sebagai Sungai Cononish di Ben Lui di Scotland Tengah dan mengalir melalui Strath Fillan. Kemudian sungai ini mengalir terus sebagai Sungai Dochart di celah gunung-ganang dan mengalir masuk ke Tasik Tay. Di sini sungai ini menjadi Sungai Tay dan mengalir berliku-liku melalui Aberfeldy, Dunkeld, dan Perth lalu masuk ke Teluk Tay. | UMUM | |
THOMPSON, DAVID | Thompson, David (1770–1857) ialah ahli geografi dan penjelajah Kanada yang menjelajah Sungai Columbia dari puncanya di Kanada sehingga muaranya di Amerika Syarikat. Dia menjelajah kawasan yang luas di Kanada dan mengukur punca paling utara Sungai Mississippi di Amerika Syarikat. Dari tahun 1816 hingga tahun 1826, dia menjadi juruukur sempadan Amerika Syarikat-Kanada. Thompson lahir di Westminster, London, England dan mendapat latihan di Hudson Bay Company ketika berusia 14 tahun. Thompson bekerja di North West Company dari tahun 1797 hingga tahun 1812. | UMUM | |
OKAVANGO | Okavango juga dikenali sebagai Cubango, ialah sistem sungai di selatan Afrika. Ia menganjur kira- kira 1600 kilometer dari puncanya di tanah tinggi kawasan tengah Angola ke bahagian alirannya yang lebih rendah di pinggir Gurun Kalahari di utara Botswana. | UMUM | |
SUNGAI DANUBE | Sungai Danube ialah sungai kedua terpanjang di Eropah selepas Sungai Volga. Sungai Danube mengalir sejauh 2860 kilometer dari puncanya di Jerman hingga ke muara sungai di Laut Hitam, di timur Eropah. | UMUM | |
KORONER | Koroner ialah pegawai yang membuat soal siasat terhadap sebarang kematian yang meragukan atau kematian mengejut yang tidak diketahui puncanya. | UMUM | |
SUNGAI PARAGUAY | Sungai Paraguay ialah sebatang sungai yang mengalir sejauh 2549 kilometer ke selatan melalui Paraguay, Amerika Selatan dan membahagikan negara Paraguay kepada dua bahagian. Sungai ini ialah cawangan Sungai Paraná dan berpunca dari kawasan tengah-selatan Brazil. Dari puncanya itu, Sungai Paraguay mengalir ke selatan lalu bersambung dengan Sungai Paraná di sempadan Argentina. | UMUM | |
SUNGAI VOLGA | Sungai Volga ialah sungai yang terpanjang di Eropah. Sungai ini mengalir 3530 kilometer melalui barat Rusia. Sungai Volga bermula di Bukit Valdai, lebih kurang 320 kilometer di tenggara St. Petersburg. Ia berada 228 meter di atas aras laut di puncanya. Sungai Volga mengalir ke arah selatan, menuju ke Laut Kaspia, yang terletak 28 meter di bawah aras laut. Untuk lokasi Sungai Volga, lihat Rusia (peta bentuk muka bumi). Delta Volga lebih kurang 160 kilometer panjang dan termasuk sebanyak 500 buah terusan dan sungai-sungai yang lebih kecil. | UMUM | |
SUNGAI SEINE | Sungai Seine dan cabangnya membentuk jalan air komersial yang utama di Perancis. Sungai ini bermula kira-kira 29 kilometer di barat Laut Dijon. Dari sana sungai ini mengalir dalam haluan yang berliku sejauh 764 kilometer ke barat laut sebelum masuk ke kualanya di Selat Inggeris berhampiran Le Havre. Kira-kira 378 kilometer dari puncanya, sungai ini menjadi lebar dan mengalir melalui tengah-tengah bandar raya Paris. Di Paris, sungai ini mengalir di bawah lebih daripada 30 buah jambatan, sesetengahnya berusia lebih 300 tahun. Gereja Besar Notre Dame terletak di Île de la Cité (Pulau Bandar) di Seine. | UMUM | |
SUNGAI SÃO FRANCISCO | Sungai São Francisco terletak di timur Brazil. Sungai ini juga dikenali sebagai Sungai San Francisco atau Rio São Francisco, dan berpunca di negeri Minas Gerais. Sungai ini mengalir ke timur laut, kemudian ke timur lalu membentuk sempadan antara negara Bahia dengan Pernambuco. Kemudian sungai ini berbelok ke tenggara lalu mengalir ke Lautan Atlantik, 3199 kilometer dari puncanya. Air Sungai San Fancisco yang mengalir dari gunung-ganang di Minas Gerais, mengalir sebagai air terjun dan jeram, kemudian membentuk menjadi sungai yang lebar, sepanjang 1400 kilometer daripada laluan tengahnya. Tetapi sejauh kira-kira 320 kilometer dari Lautan Atlantik, sungai ini berbatu-batu dan arus sungai ini menjadi deras. | UMUM | |
KAIN SEBAI | KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas. | BUDAYA | Kraf Tangan |