PURATA DOW JONES | Purata Dow Jones merupakan statistik yang menunjukkan aliran harga saham dan bon di Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham New York . Dow Jones & Company, sebuah firma penerbitan kewangan, mengira purata taksiran setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap- tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata harga saham biasa daripada 30 firma industri, (2) purata saham biasa daripada 20 syarikat pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15 syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi. Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini. | UMUM | |
PURATA | Purata ialah bilangan yang lazim bagi kumpulan angka atau kuantiti. Orang ramai biasanya memikirkan purata sebagai min . | UMUM | |
BERAT MOLEKUL PURATA | Nilai berat molekul sesuatu polimer yang diukur atau dihitung secara purata mengikut bilangan dan berat setiap saiz yang wujud dalam polimer tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
DAYA INERSIA | Kuantiti yang dihasilkan daripada hasil darab halaju purata aliran dengan luas keratan rentas aliran tersebut. | KEJURUTERAAN | Konsep |
KEMARAU | Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di bawah amaun normal bagi tempoh yang lama. Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan pertanian, perindustrian dan persendirian berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang menjadi layu dan haiwan ternakan mati. | UMUM | |
UJIAN TOKOKAN TEKANAN | Kaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |
ROTH, MARK | Roth, Mark (1951– ) ialah orang Amerika yang menjadi pemenang hadiah wang utama sepanjang masa dalam pertandingan boling profesional pada tahun 1987. Roth juga memegang beberapa rekod profesional lain dalam sukan boling. Dia membuat pencapaian purata yang tertinggi di kalangan pemain boling profesional sebanyak lima kali pada tahun 1976, 1977, 1978, 1979, dan 1981. Purata pencapaian yang dibuat sebanyak 221.662 pada tahun 1979 telah mencipta satu rekod baru. | UMUM | |
PERGUNUNGAN DAN HUTAN ARDENNES | Pergunungan dan Hutan Ardennes menganjur dari utara Perancis hingga Belgium dan Luxembourg . Di kawasan ini terdapat hutan oak dan bic terbesar di Eropah. Ketinggian purata Pergunungan Ardennes kira-kira 500 meter. Batu arang, besi, dan batu loh dikeluarkan di bahagian utara kawasan ini. | UMUM | |
ARAS LAUT | Aras laut ialah aras permukaan lautan. Ia sentiasa berubah disebabkan air pasang dan berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Min aras laut ialah purata aras laut diukur pada suatu jangka masa yang panjang. Ahli geografi menggunakan min aras laut sebagai aras permulaan untuk mengukur ketinggian atau kedalaman permukaan bumi. Sebagai contoh, Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran Himalaya mempunyai ketinggian 8848 meter di atas aras laut. Death Valley di California terletak 86 meter di bawah aras laut. | UMUM | |
STEPPE | Steppe ialah kawasan yang terutamanya diliputi oleh rumput pendek. Steppe terdapat di kawasan kering yang mengalami musim panas yang panas dan musim sejuk yang sejuk. Kebanyakan steppe menerima purata hujan dari 25 sentimeter hingga 50 sentimeter setahun – kurang hujan daripada di praire tetapi lebih banyak hujan daripada gurun. Kawasan pedalaman di Asia, Eropah, dan Amerika Utara mempunyai steppe yang luas. Kebanyakan tumbuhan steppe membesar kurang daripada 30 sentimeter tingginya. | UMUM | |