OMSK | Omsk (pend. 1 159 000) ialah pusat pembuatan yang penting di Rusia. Omsk terletak di sepanjang Sungai Irtysh di Siberia, kira-kira 2190 kilometer di timur Moscow. Omsk merupakan salah sebuah bandar yang terbesar di Siberia. Untuk lokasi, lihat Rusia (peta politik). | UMUM | |
SAMARA | Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga (lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang besar dan ladang gandum yang subur terletak berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga. Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang, makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991, tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara merdeka. | UMUM | |
NIZHNIY NOVGOROD | Nizhniy Novgorod (pend. 1 443 000) ialah pusat perindustrian di Rusia. Ia terletak di cabang sungai Volga dan Oka (lihat Rusia [peta politik]). Nizhniy Novgorod , ialah salah sebuah bandar tertua di Rusia, terkenal sebagai Cradle of the Russian Empire (tempat bermulanya Empayar Rusia). | UMUM | |
PENGAJIAN MELAYU DI LUAR NEGARA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAJIAN Melayu DI LUAR NEGARA, pengajian Melayu di beberapa pusat di luar negara. Pusat-pusat pengajian Melayu di luar negara ditubuhkan di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Belanda, China, Itali, Jerman, Rusia, Thailand, United Kingdom, Australia, Poland dan Filipina. Tertubuhnya pusat ini ekoran daripada minat beberapa pedagang Barat terhadap bahasa Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
SOFIA | Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria, di samping merupakan pusat ekonomi dan kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat Bulgaria (peta). | UMUM | |
NAIROBI | Nairobi (pend. 1 162 189) ialah ibu negara Kenya dan merupakan pusat komersial terpenting di timur Afrika. Bandar ini terletak di dataran tinggi di pusat selatan Kenya. | UMUM | |
PUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA | PUSAT PEMBINAAN DAN PENGEMBANGAN BAHASA, badan kegiatan kebahasaan dan kebudayaan di Indonesia. Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa ditubuhkan pada 1 April 1975. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
SAN DIEGO, | San Diego, California (pend. 1 110 549; pend. kaw. met. 2 498 016) ialah salah satu pusat pangkalan udara dan aeroangkasa yang utama di Amerika Syarikat. Ia terletak di sudut barat daya California, di sempadan Amerika Syarikat-Mexico. Bandar raya ini meliputi kawasan seluas 1020 kilometer persegi, termasuk 181 kilometer persegi perairan pedalaman. Di sini terletaknya pusat pentadbiran Kaunti San Diego. | UMUM | |
MILAN | Milan (pend. 1 369 231), bandar kedua terbesar di Itali. Rom mempunyai lebih penduduk berbanding Milan. Milan terkenal sebagai pusat kewangan, pembuatan dan perdagangan antarabangsa yang utama bagi Itali. Bandar terletak di utara Itali, berhampiran dengan jalan tembus melalui pergunungan Alps. Ini menjadikannya sebagai pusat perdagangan sejak tahun 100-an M. (lihat Itali [peta politik]). Ramai pelancong yang melawat Milan untuk melihat hasil seni yang tidak ternilai harganya di situ. Milan ialah ibu wilayah Lombardy, salah satu wilayah politik Itali. Nama bandar ini dalam bahasa Itali ialah Milano. | UMUM | |
ADELAIDE | Adelaide (pend. 1 023 617) ialah ibu negeri dan pelabuhan utama Australia Selatan. Bandar raya ini dinamakan sempena nama Permaisuri Adelaide, permaisuri kepada raja England, William IV. Adelaide ialah pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan, dan kebudayaan yang paling penting di Australia Selatan. Ia juga merupakan pusat pengangkutan utama serta pusat pemungutan dan pengedaran barang pembuatan di Australia Selatan. | UMUM | |